Pages

17 June 2010

BERTEMU KEMBALI DGN GENG2 SEKOLAH

Tak disangak sama-sekali semalam jam 8.30 malam bertempat di KFC Tmn Bukit Dahlia, Masai, Johor. bertemu kembali dgn rakan2 sepersekolahan tahun 1979-1981 ketika bersekolah di Sek. Men. Masai, Johor (sekarang dikenali SMK Dato Penggawa Timur)
Kebanyakannya dari satu kelas dan dari tahun yg sama ketika dlm Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Ada yg dah bermenantu & bercucu pun itu kira yg kahwin awal-lah tu..! Semalam seramai 15 org dpt dikumpulkan iaitu Siti Harlina, Lina Yusof, Am (kitalah tu..), Norli, Faradiba, Anita, Wati, Norizah(Gayah), Misnah, Salbiah, Maznah, Lim chun Teck, Sulaimi & Malik .

Pertemuan yg dirancang dlm masa bebrapa jam saje dpt juga si Lina & Siti menghubungi beberapa rakan sekolah yg masih tinggal/bertugas di area yg berdekatan. Kebanyakannya memang dah berpuluh-puluh tahun tak pernah bersua. Itu pun masih ada lagi rakan2 yg tak dpt dihubungi dan yg tinggal diluar daerah yg tak dpt hadir sama. Insyallah mengikut perancangan yg dibuat pertemuan sebegini akan diulangi lagi dimasa-masa akan datang dgn mengumpulkan lebih ramai lagi rakan sekolah.

Apalagi seronoklah kita org semua.. bila berjumpa aje.., semua menjerit-jerit sbb sukeee sesangat sbb tak sangka dpt berjumpa lagi dgn rakan2 time sekolah2 dulu. Maka tak henti2lah ketawa bercerita kenangan silam time sekolah2 dulu. Borak punya borak dah hingga larut malam nasib baiklah KFC tu 24 hours.


2 comments:

  1. salam

    sama la kita ni yer.. thn yg sama bersekolah 79-81 dlm tgktan 1-3..seusia kita ni..
    bg ilah pula dah 6 thn jadi setiusaha alumni sekolah. best dpt jumpa kwn2. kami buat perjumpaan tiap kali raya puasa dirumah ahli yg terpilih masa meeting.yg best masa jumpa anak2 dah sebaya kita masa sekolah dulu.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Am..
    ni rohana mokti..
    ana..
    tak sangka Am pandai masak ea?
    especially kuih2 yg mnarik tu..
    mcam sodap yo...
    nnt raye bleh la order

    ReplyDelete