Pages

07 April 2010

KENTANG GORENG PEDAS & RANGUP

Trnampak pulak menu ni kat blog KERULL macam teruja gitu nak mencuba. Entah cam ner.. pagi tadi sambil masak sebelum gi office boleh terajin gitu ambik kentang beberapa biji terus disagat. Ikut kan masa dah x sempat ni.. nak rushing ke tmpt kerja. Tapi sebabkan keinginan nak membuat tu.., melebihi segalanya maka menjadilah juga.
Kita campakkan ikan bilis yg halus2 tu.., goreng garing2. SEDAPpppp...sesangat, ada rasa lemak, pedas sikit2 dan yg best tu.., garing dan rangup sangat..! Tak percaye boleh cuba..! Pasti makan nanti asyik nak mengulang aje..!
Cik abg pun sukee benar.., asyik dok mengunyah sakan..! Itulah penangan kentang goreng ni.!

Jom kita tengok resepinya ok..!
(T/kasih buat kerull kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni.., akak ltk kat sini pulak ya..!)
KENTANG GORENG PEDAS & RANGUP
Bahan-bahan :6 biji ubi kentang - basuh bersih dan jangan buang kulit
minyak untuk menggoreng ubi kentang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
1 senduk Cili kering blender
Ikan bilis - ikut suka
Garam skit
Gula skit
Asam keping - 2 keping (ni akak x letak)

Cara-caranya :1. Basuh ubi kentang bersih2 dan jangan buang kulit...slice kan macam nak buat kerepek
2. Panaskan minyak dan masukkan garam kedalam minyak sedikit untuk elakkan kentang tu melekat antara satu sama lain
3.Pastu goreng..masa nak masukkan ubi kentang masukkan hirisan demi hirisan..jangan masuk sekali semua...kacau selalu dengan api sederhana dan goreng hingga garing
4. Untuk sambalnya blender bawang putih , bawang merah dan ikan bilis dan tumis hingga garing kemudian masukkan cili kering blender dan tumis hingga naik minyak dan masak
5. Kemudian perasakan dengan garam , gula dan asam keping...tutup api
6. Bila sambal tu dah sejuk baru gaulkan ubi kentang yang telah kita goreng tadi..untuk mengekalkan kerangupannya jangan gaul ketika sambal masih panas...
7. Siap untuk dihidangkan...

6 comments:

  1. Lezatnya kentang goreng pedas ini, terimakasih banyak resepnya.

    ReplyDelete
  2. nampak best...nak try gak. terima kasih resepinya

    ReplyDelete
  3. Guna kentang apa ya...kita goreng jd lembik,tak rangup

    ReplyDelete
  4. Guna kentang apa ya...kita goreng jd lembik,tak rangup

    ReplyDelete
  5. kenape tak kupas kulit kentang

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas resepi ini..nampak macam sedap je..

    ReplyDelete