Pages

15 October 2009

TRIFFLES

Orang buat triffles, kita pun nak buat jugak tu! Baru2 ni kat rumah Nor(Gannu) & Jun pun ada triffles ni. Sebenarnya lama juga dah congak2 nak buat triffles ni.. entah cam no asyik tak menjadi je..
Yg sebenar-benarnya buat triffles ni sebab nak mnyambut tetamu 2 org tu, yg mana pagi ni inform tak dpt dtg umah. Ini kira baru nak testing dulu.. tapi yg ditunggu tak jadi so akak makan sendiri jelah jawabnya kan! Tak pe..bukannya susah sgt pun.. nanti boleh buat lagi! Aha.. buat ain & yatie sayang ooi.. don't worry tau! jadi trifles ni akak perhabiskan jelah ya.. lagi pun kalau jenis2 dessert memang cepat je licin kat umah ni. Budak2 semua suka dessert terutama mak budak tu ha.. no satu! Tu yg bab2 desert ni, memang suka sgt membuatnya..

Selebihnya letak dalam bekas kecik2 cam tu ha.. senang bebudak nak makan tapi mak budak lagi senang... senang nak bawak office..! he..he..
Jugak main tiru dan copy dari rumah Hana (adik kita yg trsangatlah rajin ke dapor tu!). thanks hana tumpang lalu ya.. nak tumpang copy! baper hari lagi pantang nak habis tu..hana..? cepat2 lah.. nanti leh mngodeh kat dapur tu!

TRIFFLES

Bahan-bahan
400 ml susu segar/cair
30gm gula halus
40gm tepung custard
5 camca besar air
1 peket kristal jeli jenama NONA (perisa strawbwrry/raspberry)

Hiasan
1 tin buah2an campuran fruit cocktail/buah strawberry
krim putar

Cara-cara
Didihkan susu dgn air
Perlahankan api dan masukkan bancuhan custard (custard + 5 camca air) dan kacau hingga kental
tuangkan kedalam bekas individu dan biarkan hingga beku beberapa lama (supaya semasa melapis tak bercampur dgn jeli) . jika mahu letak kek span, letak kek dahulu dbahagian bawah,then curahkan kastad. seterusnya jeli.
Campurkan kandungan kristal jeli dgn 2 gelas air panas (400ml) dan kacau hingga larut
Tuangkan keatas adunan custard yg telah beku tadi
Sejukkan dlm petisejuk dan hidang dgn krim putar dan buah strawberry/fruit cocktail

Sukatan utk agar2 (sbb jelly takde.)
4g serbuk agar
600ml air +air buah
50g gula
fruit cocktail secukupnyer.
sirap rose

Cara-cara
campurkan serbuk agar2 dan juga air. masak hingga mendidih.
masukkan sirap rose mengikut thp kemerahan masing2.
masukkan buah koktail.
curahkan atas kastad. pastikan kastad dlorek dahulu sbb takut nnti tak melekat.

3 comments: