NASI IMPIT(Kak Hanieliza)
Bahan
- 2 cawan beras
- 6 cawan air
- daun pandan
- garam & daun pisang
Cara - Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang
dalam periuk biasa atau rice-cooker. - Masakkan saperti masak nasi biasa.
- Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg
dilapikkan daun pisang. - Tekan sampai padat dengan potato mash.
- Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan
yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air. - Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
- Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah
lodeh.
RESEPI SOTO (Diana)
Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis
Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
sedapnyaaaa!!!!
ReplyDelete