02 September 2009

NASI AYAM PENYET

Semalam ngendap2 kat rumah hana (Japan) nmpk Nasi ni, malah kat rumah Nor (Trgannu) pun ada jadi hari ini kat Flora Heights JB pulak nasi ayam penyet ni brsiaran. Seantero dunia ada menu nasi ni kan! popular juga nmpknya! Sesuatu yg x diplan langsung utk masak nasi ayam penyet utk menu brbuka semalam (Selasa). Hasil rondaan di rumah member kedua-dua nilah tiba2 trlintas kat kepala, on the way dlm kereta trgerak nak gi kedai just beli timun, tahu & tempe je, bahan yg lain semuanya dah ada. Maka semuanya brjalanlah dgn lancar & mudah, cuma masa agak fix sesangat. Dlm masa 1 jam kena siap semua t, maka trpaksa brsilat gak kat dapur. Nsib baiklah ada cik abg entah apa mimpi semalam baik hati nak nolong serba-sikit kat dapur, dia tolong goreng ayam, tahu & tempe dan blender apa yg patut. Kira cam ne pun, sempatlah juga sebelum brbuka semuanya settel!! (saje je bold kan wording tu..biar dia nmpk, so lain kali blh lah ringan2 kan tangan nolong kat dapur ni trutama time posa2 ni, nak kejar masa!)
Sebagai hidangan penyejuk tekak hanya air tembikai laici je.. ini pun cik cbg kita yg tlg blender, sebab nak buat semu2nya memang x sempatlah jawabnya. Sebut lagi pasal nasi ayam penyet ni, kira 1st time makanlah..sebelum ni x pernah lagi. Nmpknya sefamily amat menyukainya. Yg paling power kat nasi ayam penyet ni ialah sambal belacan dia-lah! Cik abg pun kata sambal dia yg sedap.. buat bnyklah juga tapi licin habis..! anak2 pun brselera sgt..!

Makan pula panas2 kira baru betul2 siap dimasak dgn perut yg memang lapar, apalagi brseleralah mereka semua mengadapnya. Nak cepat & agak kelang-kabut trlupa pulak nak perah jus lemon/limau kasturi kat sambal belacan tu! cam ne pun x de jus lemon pun masih sedap ada uummph..! cewah..
Bagi yg dah mencuba resepi ni pasti tahu sendiri kan? Betul tak Nor & Hana?

Tapi akak nambah pulak buat juga Butter Prawn sebagai penambah hidangan malam tadi. Juga licin selicinnya.. laku benarlah menu semalam. Alhamdullillah..! w/pun penat memasak & pangpung2 kat dapur kira lega juga kan!

Resepi Nasi ayam penyet & Butter prawn ni, copy dari rumah Nor, (minta izin ya nor.. tq!)

Resipi Nasi Ayam Penyet
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu
(Buat juga sebab mr. hb gemar benda2 tu!)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
(tapi kita perap kejap je nak kejar masa yg suntuk!)
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye
(family am pun suka sgt..)
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit (kita add udang kering sikit)
3 sudu gula merah/secukup rasa
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
(kita pun samalah dgn nor..!)
1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
(kita buat 5 cwn tau..kus semangat sebab ramai!)
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
dua biji buah pelaga (trlupa ltk)
satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
sedikit butter
garam
separuh kiub pati ayam/daging
2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Caranya
Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

6 comments:

  1. adusssssss jelesnyerrr tgk k.am punyer ade tempeee!! huwaaaa mana nk dapat skrg nihh!!

    psssttt... sesekali bos besaq turun dapur best kan k.am! hihihi

    ReplyDelete
  2. ooooooo ada tambahan butter prawn.. lagi la sedap! mmg sedap ayam penyek tu kan am..

    ReplyDelete
  3. >>hana: tempe tu mr hb punya peberet hana, dia suka so dia gi belilah!

    >>nor: ini kes ronda2 rumah norlah..

    ReplyDelete
  4. jauh merayap ayam penyet ni ekh...dr tgganu terbang ke jepun terus belayar ke flora heights! mesti sedappp!!!

    ReplyDelete
  5. >>ain: sedap ain...trylah pasti menjilat jari! he..he

    ReplyDelete
  6. wooooo nie ler ayam penyenyet...bukankah resepi asalnya dari seberang?? baru ler belayar ke semenanjung gitu ahaks...ermmm sedap tak kak ammm???hehehe...

    ReplyDelete