Pages

30 September 2009

KUEH KASUI PANDAN LAPIS

Aha.. tak habis2 rasanya... asyik2 makan bsekut raya.. nak mnambahkan lagi lomak2 kat body ni, kali ni kita makan pulak kueh yg lembik2 & liut-miut ni.. (apa bahasa pun x tahulah!)maka dgn smangat dan tahap kerajinan yg melampau (cewah camlah rajin sngt..) malam tadi cuba mengodeh kat dapur tu, cuba buat kasui pandan lapis ni dari Noreen yg nun jauh tu! Sebenarnya nak testing dulu, kalau ok boleh gak buat juadah utk mrhaban nanti. Thanks noreen sedap dan menjadi resepi ni, kira puas hatilah! cuma malas sikit je.. buat dlm acuan comei2 tu buat 2 lapis je sebab tak sabar nak siap cepat. Apa pun, kira satu kelainan dalam versi kasui sebelum ini kira nmpk glamour sikit sebab ada lapis2 kot!

T/kasih lagi buat noreen diatas sumbangan resepi yg ok ni, kita tumpang copy je ya!

Bahan-bahan:

Lapisan gula merah:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi1 sudu makan tepung pulut1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air2 camt air kapur makan

Lapisan pandan:

  • 7 helai daun pandan
  • 150ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 400ml air
  • sedikit pewarna hijau - optional
  • 150gm tepung beras
  • 70gm tepung ubi
  • 1 camt air kapur makan
  • kelapa parut putih
  • sedikit garam

cara: untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan, ketepikan

untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan
kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan tapis dan ketepikan

lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih
panaskan kukusan
sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit, kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi, lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan.
setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

3 comments:

  1. ala kakkkk...tu pun dh lawa dah. selera tengok kuih kusui akak. nanti sy dtg raya..boleh ler buatkan ekh.hehehe

    ReplyDelete
  2. cantiknyer kak! nih bukan versi mls..nih terlebey rajen! haii biler ler nk abes pantng nih! hikhikhik

    ReplyDelete
  3. >>ain: boleh..no prblm! nak dtg call dulu ok!

    >>hana: ha..ha..! akak dah tahu dah segala gelora yg tgh membara dijiwa hana, pasti dah rindu sesangat nak pang-pung2 kat dapor kan? akak pun x sabarlah nak nunggu hana habis pantang dgn menu2 yg mnarik gitu!

    ReplyDelete