Pages

04 September 2009

JELLY KELAPA

Salam Jumaat buat semua, sempena di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini, moga setiap saat & detik yg dilalui penuh dgn kerahmatan & keredaan darinya jua!
Dipagi Jumaat yg indah ini juga, kita pandang2.. tatap2 & mungkin juga boleh dicuba iaitu salah satu daripada dessert hari ini yg simple & teramat mudah sekali. Jelly kelapa ni, dari hari ke sehari nak buat x menjadi aje.. kira malam tadi pun sikit lagi x menjadi lagi, tapi dikuat-kan juga semangat dgn badan yg teramat letih sgt disempurnakan juga. Ini disebabkan air kelapa & isinya yg telah tersedia dan bertapa dlm fridge kesejukan maka buat jugalah! takut makin lama tangguh nanti tong sampah juga akhirnya.

Follow resepi Nor, yg memang dah expert bab masak-memasak ni, thanks ya Nor..dah puji pagi2 ni mesti ada apa2 kan? Spt. biasalah nor, kita nak tumpang copy resepi Nor tu, letak kat sini pulak ya! Jelly kelapa ni, memang sedap sgt.. lagilah kalau sejuk2 sikit.. terasa nyamannya masuk ke anak tekak.
Buat cuma separuh dari resepi dibawah ni, bukannya apa dlm esbok tu dan full x de space lagi nak disumbat lagi! Bnyk sgt khazanah2 lain yg disumbat dalamnya..

JELLY KELAPA
BAHANNYA
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
(kelapa kita dah nak ke tua.. liat2 kenyal sikit isinya, tapi still sedap!)
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing
2-3 helai daun pandan

CARANYA
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
* sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

4 comments:

  1. salam am..elok sgt la tu.. arini nor tayang sup merah tulang am dan am lak tayang jelly kelapa nor ya... :D

    ReplyDelete
  2. huwaaaaaaaaaaaa... tak daya nk ikut buat! tengok ajerk smbil telan air liuq!!

    ReplyDelete
  3. yg ni memang sy nak buat nanti...nak cari kelapa muda dulu!!! syoknyaaaa!!!!

    ReplyDelete
  4. >>nor: tulah nor..cam sepakat lak ya? kira tukar suka sama sukalah tu..

    >>hana: alah..alah..ciannya dia!

    >>ain: cari cepat kelapa muda tu ain..! kelapa akak tu bukannya muda, dah nak ke tua! adik yg jolok je kat umah mak ari tu! tua2-lah..sedap tetap ada! cewah..

    ReplyDelete