29 August 2009

NASI BUKHARI wif AYAM PERCIK

Nak citer kat sini pasal Nasi Bukhari ni, sebenarnya ini menu brbuka hari Khamis tau.. trlewat brN3, BUSY memanjang..! 1st time mencuba alhamdulillah.. sedap sgt pada tekak akak dan semua family amat menyukainya! Menu yg x plan pun sebenarnya, tinjau2 kat blog kak hanieliza so trnmpk menu ni, balik koje je.. rasa macam nak try buat. W/pun masa yg agak singkat tapi akhirnya dpt juga siapkan setelah azan brkumandang dah 10 minit.

Kesian tau.. anak2 nunggu nak makan! Citernya setelah tanak nasi dlm rice cooker agak dah lama jugalah, bukalah tutup periuk tu, kononnya pasti dah kering tiba2 malangnya nasib hari tu, nasi tu masih x mendidih lagi tau! Al-kisahnya..rupanya trlupa tekan button COOKING so nasi tu main WARM je.. x didih2 pun!! Itulah sebabnya kalau buat koje kelang-kabut nak kejar masa. Tapi bila hati brkata nak buat cam no pun mesti nak buat juga.. Degil sgt tulah jadinya! Padan muka...

Dah tentu2 time koje manalah ada bnyk masa nak masak menu yg agak rumit sikit. Kira dlm tempoh 1 jam je.. semua nak dibuat, itu yg sampai kelewatan sikit brbuka! Tapi oklah juga..x lah trlewat sgt.. bulan posa ni kena bnyk sabar.. (walhal silap sendiri tu.. x ngaku lagi tu..!)

Sambil2 brsantap dgn Nasi Bukhari tu, sebelum trcekik jom basah2 kanlah tekak dgn Air Soya Jagung, Heem..em.. leganya..sedap..! jagung dlm sudu tu sendiri tambah! Air asalnya x de jagung fresh tu.. just plan je!

Time gi Terawih pulak boleh bawak bekal.. jamahkan member utk bawa balik rumah dia. Keesokannya dia kata, familynya kata sedap (trjongkitlah punggug & kembanglah hidung dipuji, cewah!) dan hbnya pun suka sgt hinggakan suruh wife dia buat juga! Ha..ha.. virus Nasi Bukhari dah trjangkit dah..!
T/kasih buat kak hanieliza diatas resepi yg sedap ni.., saya copy je ya kak!
Bahan (NASI BUKHARI)
  • 1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
  • 3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
  • 2 biji buah tomato [belah 4]
  • 1 liter air1/2 cawan susu cair/yogurt
  • 1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
  • 4 s/b minyak sapigaramgulabahan tumis
  • 10 ulas bawang merah ]
  • 4 ulas bawang putih ] tumbuk
  • 3 cm halia ]
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara

  • 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  • 2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
  • 3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
  • 4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
  • 5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering saperti nasi biasa.

AYAM PERCIK BERKUAH (Resepi ni dari geng terawih, tu yg kena bagi dia rasa!)

BAHAN

  • 4-5 biji chili merah (*) - bagi yg suka pedas blh tambah
  • 6-7 tangkai lada kering(*)
  • 4-5 ulas bwg putih(*)
  • 6-7 tangkai lada kering(*)
  • 2 biji bawg besar/8 biji bwg kecil(*)
  • 1" halia & 1" kunyit(*)
  • 1" belacan (*)
  • 2 kpg gula kabung
  • 1-2 cwn santan
  • Garam (secukup rasa)
  • sdkt minyak (utk tumis)

CARA

  • Tumis bahan yg diblender hingga garing dan naik minyak
  • masukkan gula kabung, biar gula larut
  • masukkan santan (blh tambah sdkt air utk yg nak lebih kuah)
  • masukkan ayam biar agak mendidih
  • masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan hingga masak dan kuahnya pekat sikit
  • Angkat & hidangkan dgn taburkan bawang goreng.

3 comments:

  1. kak am...kita pun suka gak ns bukhari ni tp x pernah buat. apa kata raya nanti, kita org berdua dtg umah akak, akak serve ngan ns bukhari ekh..???

    psst...terliuq tengok aya percik kak am. tergda uuuuu!!!!

    ReplyDelete
  2. aha la ain, akak gerau pun nak datang. Ada buat tak raya nanti. He he he.

    ReplyDelete
  3. >>ain & geraugebang : insyallah!

    ReplyDelete