16 June 2009

ROTI LAPIS DAGING

Disebabkan masih ada stok roti yg terpaksa segera di langsaikan maka jadilah roti lapis daging ni. Sebelum ni dah pernah buat juga tapi agak terlembik sikit susah nak dipotong. Tapi yg kali ni nampak ok pulak, kebetulan kedua pengantin hari itu nak berkunjung lak kat rumah maka dapatlah dia orang merasa ... kira dah rezeki dia orglah!

Resepi ni dulu ambik kat rumah ummi
Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang (akak guna daging kisar ramly)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) -akak tak letak
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

3 comments:

  1. nmpak sedap la kak...boleh try ni. masuk list dulu lah ye.hihi

    ReplyDelete
  2. trylah ain.. sedap tau! kat umah akak kalau menu yg cam ni yg laku, hb akak yg manis2 kureng sikit, kadang tu dia tak menjamah pun, tapi bila dah habis tanya lak??

    ReplyDelete
  3. kita suke yg ni dah lama tak buat

    ReplyDelete