Pages

09 June 2009

ROMBONGAN KE KEDAH - RUMAH PENGANTIN LELAKI

Salam untuk semua, alhamdullilah kembali bersua lagi setelah beberapa hari bercuti kerana mengikuti rombongan kakak ipar ke kedah sebelah pengantin lelaki pada 06/06/09 (sabtu), bertolak pagi dan tiba di Legend Hotel Crystal (kalau tak silaplah) dlm pukul 11.00 mlm. Majlis sebelah lelaki pada 07/06/09 (Ahad). Jadi kita semua bermalamlah di hotel tersebut.


Kakak ipar sewa bas persiaran dan yg ikut sama hanya family sebelah hb, penuh satu bas dengan anak2 & family masing2. Anak2 sememangnya seronok & suka sangat maklum dpt berjalan jauh time cuti2 sekolah ni.

Tengok tu..hb tekun membaca metro, walaupun kat luar tu dah gelap dah! Dah letih sebenarnya...

Adooi.. lepaknya tak terkata, al-maklumlah jarang travel begini jauh, mana taknya dari selatan ke utara! jauh tu.. sengal2 rasa badan dibuatnya sebab perjalanan hampir 15 jam lamanya.
Rasanya dah lama tak ke sebelah utara terutama kedah ni, dulu2 pernahlah pergi sekali itu pun lama dah hampir 20 tahun yg lalu. Segalanya telah bnyk. berubah!

Adik & kakak siap posing dalam bilik hotel

1 comment: