Showing posts with label DESSERT. Show all posts
Showing posts with label DESSERT. Show all posts

23 February 2012

BUTTER BREAD PUDING


 BUTTER BREAD PUDING, begitulah nama di beri,,., resepi yang telah ramai menjadi ikutan dan juga bualan rakan2 blogger mencubanya sebelum ini. Mana2 rumah ada aje yang mencuba 'BUTTER BREAD PUDING' ini.

Terima kasih kepada tuan punya resepi iaitu Dayangjack yang memang terkenal dgn resepi2 yang sedap dan menarik. 



Kalau nak mencuba resepinya dan melihat lebih jelas cara2 membuatnya bolehlah lihat di sini
Moho maaf sebab tuan rumah tak sempat nak taip resepinya ..



Sebenarnya  Butter Bread Puding ni dah buat lama dah.. minggu2 yang lepas lagi cuma baru inilah berkesempatan untuk di tayangkan.





19 February 2012

PUDING MARBLE


Hari ini kita menjamu selera dengan puding pula ya..!

Puding kali ini bertukar warna kita cuba warna hijau & coklat pulak, biar nampak terang gitu..
Sebenarnya puding ni dibuat sempena majlis pertunangan sepupu di kampung minggu lepas selebihnya di bubuh dalam acuan kecil2 sebegini. 


Sebenarnya ini adalah dari resepi puding marble/pelangi cuma di pelbagaikan warnanya saje.. mengikut citarasa & kretiviti masing2.


Di sini di letakan lagi resepi puding ni yang di ambil dari rumah Pn. Azita tapi ada sedikit penambahan, sorry ya Ita...

PUDING MARBLE/PELANGI

Bahan-bahannya
10g serbuk agar-agar
200g gula (Ita letak 160g) - akak pun
650ml air (akak gun 800ml)
1 biji telur
60g mentega
½ tin susu cair
1 sb kastad
1sb serbuk koko - (bancuh dgn sedikit air panas)
½ sk vanila
sedikit pewarna lain yang digemari

Caranya
Satukan serbuk agar2 & gula hingga mendidih
Pukul telur sebentar dan masukan susu cair & kastad - dikacau rata dan tuangkan dlm agar2 tadi - sambil dikacau lagi
kemudian masukan mentega dan di kacau lagi - tutup api..
Bahagikan kpd bebrapa warna yang digemari dan tuangkan ke dalam acuan/loyang di gemari secara berselang-seli sehingga habis
(salah satunya campurkan dgn serbuk koko yg telah dibancuh tadi)
Sejukan sebentar dan simpan dalam peti sejuk


12 November 2011

TRIFFLES


Walau pun ketika ini agak sibuk sikit dengan pelbagai tempahan tapi sempat juga sambil2 buat triffles utk makan2 sekeluarga. Lama rasanya tak makan triffles ni jadi teringinlah sangat tapi bila dah tengah godak2 tu.. time nak curah fruits coktails tup2.. selongkar punya selongkar rupa2nya stok fruits coktails dah habislah pulak yang ada hanya peach jer maka itu yang peach pun peachlah... benda dah nak jadi teruskan ajelah jawapnya...
Itulah akibatnya kalau nak buat sesuatu tu.. tak reti2 nak periksa dulu.. main buat semacam aje...

Kalau jenis sejuk2 macam ni memang alamatnya sekejap ajelah licin..! sebab ramai kat rumah ni yang menyukainya terutama yang tukang buatnya..! heee...


Memang suka tengok dapur Azita senang nak cari resepi.., terima kasih Ita..!
Kita kongsi kat sini pulak ya.., walaupun sebenarnya resepi kat bawah ni juga sesuai untuk buat yg dalam bekas kecik2 tu..

TRIFFLES
sumber : Azitakitchen
sumber : am@serojakitchen

Bahan-bahan
1 tin fruits koktail
(atau laici/longan/nenas)

Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)

Lapisan Kastad :
1 tin susu cair
6 sudu tepung kastard
½ cawan gula
5 cawan air

Lapisan Jelly :
Sekotak Jelly segera (apa2 perisa)
Cara-cara :

  1. Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan.
  2. Campurkan semua bahan2 untuk Lapisan Kastad. Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga pekat.
  3. Tuangkan kastard ke atas swiss roll tadi.
  4. Kemudian susunkan pula buah-buahan (longan dan nenas kiub) ke atas kastard tadi.
  5. Sediakan jelly mengikut cara yang tertera di kotak bungkusan (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih). Tuang jelly ke dalam bekas triflles. Biarkan sejuk.
  6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan sejuk2

05 October 2011

PUDING MARBLE ROSE

Cuci2 mata aje ya...!



  • Puding marble rose ni dah buat lama sebenarnya minggu.. minggu lepas dah.. tapi tak sempat nak ditayang sebelum ni..


Asalnya dari resepi puding pelangi copy dari dapur azita tapi di olah sikit sendiri utk di jadikan marble.


PUDING MARBLE ROSE
(sumber : am@serojakitchen)

ASALNYA DARI PUDING PELANGI
Resepi asal ialah daripada Alma @ MyResipi diedit oleh azitakitchen
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar2
650ml air
200 gm gula pasir (saya gunakan 160 gm sahaja)
60 gm mentega
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (saya gunakan chocolate paste)
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning dan merah
Cara-cara :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih.
  2. Pukul telur sebantar. Kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga rata.
  3. Satukan adunan telur dan agar2 dam masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
    Satu bahagian dicampurkan dengan bancuhan koko, satu bahagian dengan pewarna kuning dan satu lagi dengan pewarna merah. Kacau rata2. (kita letak warna pink..)
  5. Utk dimarblekan, tuang ke dlm acuan/bekas digemari berselang-seli mengikut warna yg disukai tadi sehingga habis.
    Setelah agak suam2 simpan ke dlm peti sejuk. siap...


16 September 2011

PUDING MARBLE & JELLY CRYSTAL yg last minute...



Kenapa puding ni jadi last minute ya...?
Nak dijadikan cerita sebenarnya terima call pun dah agak lewat, utk buatkan apa2 aje yg senang & cepat utk jamuan hari raya yg akan diadakan dlm pukul 2 ptg dari SMK Seri Alam-2
Time terima call ni , kebetulan masih kat luar lagi, begitu.. begini tup2 dlm pukul 12.30 tengahari baru sampai ke rumah.
Kalau nak buat kueh yg lain lagilah tak sempat rasanya. Fikir punya fikir terus ambik keputusan buat puding atau jelly kristal ajelah, itu pun dalam hati bimbang juga sempat ke ni nk buat puding takut lambat keras pulak sebab masa pun dah suntuk sangat.


Tapi utk tidak menghampakan.. cuba jugalah buatkan dan bertawakal aje mudah-mudahan sempat mengeras puding tu, tapi bila dah siap tak lama terus masuk dlm p/sejuk tapi tengok gaya macam tak mengeras sangat pun. Itu yg terus godak jelly kristal pulak sebab kalau puding marble tu tak keras ada jelly kristal. Itu pun sumbat kat sejuk beku dulu nak cepat keras.
Alhamdulillah... akhirnya menjadi juga kedua-duanya walaupun ada sedikit kebimbangan juga tentang puding marble tu.. kat tengah2 nya macam lembik sikit. Tapi dia org kata ok jer..


Apa pun terima kasih kpd staff SMK Seri Alam 2

19 July 2011

TETIBA.. TERINGINLAH PULAK NAK MAKAN BENDA-ALAH NI..!!!


Mula2 tanak/kukuskan pulut & hidangkan macam kat atas ni...


Asyik tayang tempahan aje.. apakata kali ini kita layan menu yg satu ini. Kali ni kena layan tekak sendiri pulak..
Sebenarnya tak tahulah kenapa tetiba macam teringinlah sangat nak makan benda-alah ni, mentang2lah sekarang ni memang tengah musim durian maka bertambah membaralah keinginannya.

Sebelum terkempunan jom kita cari durian yg tengah bersepah kat merata-rata sekarang ni.. & cepat2 godeh kat dapor apa yg patut dan jom kita layan tekak dengan 'SERAWA DURIAN'..! heeeeemmm.. sedapnya...



Step yg berikutnya.., letak kuahnya kat sebelah pulut...



Lepas tu lagi... kita kasi tuangkan sikit kat atas pulut tu ya..! Biar agak2 sedikit meleleh...


Seterusnya tuang.. dan tuangkan lagi.... sampai terus meleleh...


Lagiii.. dan lagiii.. sampai meleleh terus & melimpah..!! ha..ha...



Tengok tu.. kuah dia dah meleleh & banjir sakan..! jadi apa tunggu lagiiii..???? ngaplah...! hemmmm.. sedapnya..!!!!

Sesiapa yg agak2 terkecur & nak meleleh air liur tu sorrylah ya..., g cari durian cepat...!


Bukanlah nak mintak puji.. tapi dah sahlah memang tersangatlah sedapnya..! ha..ha..
sebab dah lama tak makan serawa durian ni..., lepas ni alamatnya beranginlah satu badan ya..! penangan pulut punya hal, heee...


Sesiapa nak mencuba serawa durian boleh cuba resepi yg dicopy dari Cik Mat
Minta izin letak kat sini ya..

****************************************

RESEPI SERAWA PULUT DURIAN
(Sumber : Mat Gebu@tiffinbiru.com)
(Sumber : am@serojakitchen)

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...



Bertambah enak bila dimakan ketika minum petang bersama teh 'o' panas..
pehhhh... slurpppp...!!! tak terkata nikmatnya...


11 May 2011

MENYEJUKAN TEKAK ...!

Ketka ini memang cuaca agak panas terik sangat, tekak pun asyik nak minum aje..
Nak..nak kalau dpt air yg sejuk2 lagilah sedap sungguh rasanya walaupun pada hakikatnya air batu atau air sejuk2 ni tak begitu elok utk kesihatan.. namun disebabkan panas sangat maka yg sejuk2 itu lah yg ramai orang cari... betul tak..?


Jadi dengan cuaca yg hangat sebegini maka ramai jugak yg membuat dessert2 yg dapat menyejukan tekak, sana-sinun kawan2 yg menayangkan menu yg sejuk2...
Maka kita pun tidak ketinggalan juga.. ini pun sebab selongkar punya selongkar kat dapur trnampaklah pulak sepaket dadih jagung, rasanya dah lama tersimpan tak berusik maka apa kata kita buat dadih pulak jadi sangat sesuailah dengan cuaca sekarang kan..?


kalau bab dadih2 dan yang sejuk2 sebegini memanglah jadi kesukaan anak2 malah mak2 pun lagilah suka..! termasuklan mak yg sorang ni ha.. tak terkecuali..! heee..
Jadi kalau nak tengok pintu peti sejuk hampir tanggal maka ibu2 di luar sana jomlah buat yg sejuk2 spt dadih cam ni..! Bebudak kat rumah ni memang tak henti2 buka-katup peti sejuk, selagi tak habis dadih tu maka cam tulah gayanya..!


Mana tidaknya.., balik2 sekolah aje dah capai dadih dulu.. nak2 yg bujang sorang tu..! Dia se-saje yg banyak makan.. kejap aje dadih yg bnyk2 boleh habis tak sampai berapa hari pun. pagi, petang, malam asyik bukak peti sejuk aje... macam nak tanggal pintu peti sejuk dibuatnya..!

Itu yang rasanya tak boleh buat selalu.., kang naya aje nak kena ganti peti sejuk baru..! heee..
Tak tahan nengok asyik nak menuju ke peti sejuk aje..!
Kita layan ajelah ya.., model dadih ni..!

Tapi.., yg sebenarnya mak budak pun suka jugak..!!!! mengalahkan bebudakkkk...! heee...


02 March 2011

BILA TAPAI UBI & BUAH SEGAR BERSATU...!

Assalamualaikum semua..!
Sorry .., ini menu ptg semalam ya..! jadi nak bagi tahu awal2 ni.., dah licin pun dimakan oleh yg membuatnya.. sebab tinggal sorang2 jadi makan pun sorang2.., heee.. (dashatnya..)

Sebenarnya terasa tekak ni nak makan sesuatu yg sejuk kat tekak tapi tak tahu nak makan apa ya..? kebetulan ada pulak beli semangkuk tapai ubi kat pasar malam jadi terus terlintas kat kepala nak buat puding simple-lah..! sebab puding tapai ada resepinya cuma malas nak godak lama2 rasa2 nak terus makan aje senang..!

Jadi.., potong buah naga (cantik pulak kaler buah naga ni..) campur pulak potongan peach dalam tin lepas tu campur lagi dgn tapai ubi. Spt biasa masakkan sebentar susu cair bersama sedikit gula tuangkan ke dalam campuran buah & tapai tadi. Kemudian letakkan pula beberapa ketul ais, biarkan sejuk sekejap dan terakhir sekali kita hirup puas2.. hemmmm.. tak terkata nikmat segar, sejuk & sedapnya..!!! Bgitulah resepinya ya...


Sesiapa yg terasa nak meleleh air liur tu.. g cepat2 beli apa yg patut dan buat ya..
Maaflah ya kalau terbuat anda semua kecur sekejap.. apa nak buat dah takdir..! heee...

23 February 2011

FRESH FRUITS PUDING

Assalamualaikum..!
Tuan rumah ni tenggelam timbul aje ya.., kejap2 ada kejap2 hilang entah kemanalah tu ya..?
Sebenarnya tak kemana pun masih ada di sini dan di sini.. sibuk dgn rutin2 seharian yg tak pernah habis.

Apa pun alhamdulillah.. bersama kita jua walau hanya di alam ciber..
nampak tak yg kat atas tu ha..? heee...
La ni tengah menghirup Fresh fruits puding yg sejuk & nyaman masuk & lalu dingin kat anak tekak.
Bukan nak kasi kecur ya.. tidak sesekali... tapi sikit2 tu adalah juga kot..! ha..ha.. (gurau jer..)

Lama juga tak memuding.., sebenarnya memang favorite tuan rumah ni.., kali ini kita makan yg
fresh2 gitu ya..! hemmmm... sedapnyaaaaa...!


Asalnya ada lebihan buah-buahan dari buat fruits tart semalam spt strawberry, anggur & peach tapi anggurnya dah licin pulak sebab sambil buat fruits tart smbil masuk mulut.
Jadi buat fresh fruits puding ni menggunakan apa aje yg ada ya.. cuma ada strawberry & peach aje.. namun begitu enaknya tak terkata..!

Sesiapa yg nak mencuba alahaiii.. sonang sesangatlah... tapi boleh juga mencuba resepi dan caranya yg akak copy dari blog ummi(kuantan). Tumpang mengopy ya ummi.. thanks..!
Terliur jap nengok fresh fruit puding ummi tu..

*********************

FRESH FRUITS PUDDING
Adaptasi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (tiada sukatan tepat)
  • 1/2 tin susu cair
  • 50ml susu segar (*guna susu cair jer..)
  • gula secukupnya (ikut selera nak manis macamana)
  • sedikit garam (nak bagi rasa lemak yang seimbang) (akak x letak nih)
  • 1 sk. esen vanila (*x letak)
  • 3 sudu besar whipped cream (*pun x letak)
Buahan segar secukupnya (didadu kecil) :-
  • buah kiwi
  • strawberi
  • mangga
  • pisang
  • atau boleh guna apa-apa buah yang sesuai
Cara-cara:
  1. Masukkan susu cair dan susu segar dalam periuk, panaskan dengan api perlahan. Masukkan gula dan sedikit garam (sikit je ye). Kacau sehingga sehingga gula larut. Padamkan api.
  2. Sejukkan dulu susu, masukkan whipped cream dan masukkan buahan yang telah didadu tadi. Sejukkan dalam peti ais (bukan sejuk beku ye).
  3. Masukkan buahan segar tadi dalam cawan atau bekas yangs sesuai, tuangkan susu cair tadi hingga menutupi buah. Sedia untuk dinikmati.


05 January 2011

PUDING JAGUNG

Sesekali pekena puding jagung sedap juga...! Lama dah tak buat, tapi buat ni pun dari minggu lepas lagi, baru kali ni dpt letak resepi dia. Ramai pun dah tahu dan dah biasa buat puding jagung ni kan..? Jadi ramai juga yang dah terror pun.. tapi tak per kebetulan buat apa salahnya kita letak aje resepinya kat sini sebagai rujukan dimasa2 akan datang.

Puding Jagung ni terdapat berbagai-bagai resepinya tapi kali ini akak guna resepi puding jagung dari F&N myresepi.com
T/kasih kpd penyumbang resepi.
*****************************
PUDING JAGUNG
(Resepi: F&N myresepi.com)

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

10 December 2010

MERATA-RATA MENCARI BUAH NAGA..!

Bila kita perlukan sangat sesuatu tu.., susah pulak nak dapat, tapi bila kita tak nak berlambak-lambak pulak dia..!
Hai.. membebel pulak cam ada yang tak kenalah tu...
Sebenarnaya ada dpt order nak-kan Jelly Kristal Buah Naga & Fruits Tart, jadi awal2 lagi dah pergi melilau-lilaulah sambil jeling2 & mencari buah naga, sebab selalunya bila kita tak perlukan dia, bnyk pulak tapi bila kita nak sangat susah pulak nak jumpa.
Sebelum tu ada juga cakap, kalau buah naga x ada buah lain boleh tak..? Tapi cam ner pun nak gak buah naga cam sedap katanya.. itu yg kita mencari merata-rata.
Mulanya tinjau2 kat Tesco x nmpk pulak bayangnya, selalu berlambak-lambak lagi..
Lari pulak ke kipmart masai nasib baik ada tapi mahal betul harganya..
lepas tu tanyalah apek yg jual tu.., buah naga ni kaler putih ke merah..? Asalnya nak cari buah naga kaler merah kalau buat jelly lagi cantik gitu tapi tanya sana-sini semuanya kaler putih. Cancellah tak jadi beli.. pergi pulak ke Giant buah naganya adalah juga tapi sikit jer.. warna putih juga. Agaknya ni musim naga putih kot..? Naga merah tak keluar lagi..!
Dah tak de.. nak buat cam ner kan.. jadi putih pun putih ler.. buat ajelah..!
Apa pun t/kasih buat Mimah yg menempah Jelly kristal buah naga ni.. harap berpuas-hati, tayang photo dulu ya.., jellynya tangahari nanti baru nak deliver.
50pcs fruits tart ni pun utk Mimah.., TQ...!
Buat fruits tart ni pun sama, selalunya cari kat Tesco jer.. bila nak beli tak nampk pulak bayang strawberry..., jadi tepek ajelah anggur kaler hijau & hitam. Kalau ada strawberry lagi meriah & cantik sebab ada kaler merah2 gitu..!

Yg ini pulak memang buat lebih utk bebudak kat rumah.., biasalah kalau dah lama tak buat
jelly cam ni..
mestilah dia org pun nak juga. Seboleh-boleh bebudak ni nak letak dlm acuan ni.. acuan yg dah lama terperap, kalau dulu2 buat utk puding hantaran.
Suka hatilah nak hoiiii...!!!!

(Resepinya boleh refer di belakang packet jelly kristal - konyaku)