11 March 2013

TEMPAHAN SETERUSNYA..

 
Sejak akhir-akhir ini.., dek kerana terlalu kurang nak rajin upload photo dan update tempahan maka dah terlalu banyak photo2 tempahan yang tertunggak.
Entah apa kenalah ya.. angin malas ni semakin menjadi-jadi pulak.. hari ini di kuatkan juga untuk mengupdate sebab atas permintaan seseorang yang ingin melihatnya.

  Deretan muffin coklat chips & muffin pisang coklat cips sebanyak 200 biji tempahan dari rakan lama Pn Lina khas katanya untuk mesyuarat penduduk di taman perumahan beliau.
Terima kasih Lina.., harap berpuas hati hendaknya. Kebetulan last minit order ni.. dan time ni membaking juga pun last2 minit gitu..! tapi Alhamdulillah.. siap juga akhirnya kerana terpaksa cik abang turut sama kena kerah tenaganya untuk turut membantu sama...!



Kek Birthday Coklat Moist untuk FARAH AINA pada 28/02/13 tempohari.
Terima call dari Pn Farah (ibu Aina) yang tinggal di Putra Jaya minta tolong buatkan kek birthday anaknya ini yang  belajar di MRSM JB yang kebetulannya pula tak jauh dari rumah kira belakang2 rumah gitu.. jadi mudahlah untuk menghantarnya untuk kejutan anaknya. Memang teruja sangat FARAH AINA bila terima kek ini siap menjerit lagi.. "Hehhhhh.. Kekkkkk..!!!" 
Apa pun terima kasih Pn. Farah.. dan HAPPY B'DAY FARAH AINA..!
  
 
 
Minggu lepas kira minggu CREAMPUFF sebab banyak sungguh tempahan untuk creampuff
diantaranya adalah untuk Cikgu-cikgu di SMK Seri Alam 2
 


Order 100 creampuff, 100 Mini Coklat Moist & 100 apam Polkadot khas untuk majlis harijadi di Jalan Lembah, Bandar Seri Alam tempohari. 
 
 Order  dari Pn. Rose (Personal Tailor kita orang) khas untuk bekalan anak gadisnya yang nak balik cuti semesternya di Perlis
 
 Tempahan dari  Shahrul yang memang suka membuat tempahan apam polkadot ni..
 

 4 jenis talam iaitu Talam Cendol, Talam Suji, Talam Tokyo & Serimuka khas untuk majlis tahlil, tempahan dari Cikgu-cikgu SMK Bandar Seri Alam 1

 Order dari Zaleha dari bandar J.B. 200 apam polkadot untuk majlis kenduri..


3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak..Alhamdulillah..semoga makin bertambah2 tempahan

    ReplyDelete
  2. Salam kak,pencetus semangat saya ni kak tgk akak berbisnes...

    ReplyDelete