27 January 2013

ORDER MINGGU INI

 
 Order untuk minggu ini dan baru-baru ini..

Last minit order yang di terima pagi ini, dari jiran setaman dari Cikgu Kam yang baru melahirkan seorang puteri yang mungkin rasanya amat di nanti-nantikan selama ini. 
Thaniah..! Cikgu Kam sebab sebelum ini dah ada 4 orang hero-hero jadi yang ke lima ini dapat anak dara.. Thaniah.. dan Shukur kepada ALLAH..!
Jadi bersempena majlis potong jambul malam ini 27/01/2013 Cikgu Kam menempah 3 kotak Serimuka Pandan, Terima kasih..! 


 100 Apam Polkadot dari Cikgu Hana Norwati untuk anak gadisnya..yang meminati warna pink

 Ini boleh dikatakan last minit order juga sebab ianya merupakan transfer order dari Azita yang kebetulan tak dapat di tunaikan disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi pagi Jumaat (25/01/2013) Azita call boleh tak terima order 900 biji apam Polkadot nak esok petangnya iaitu Sabtu 26/01/2013.
Mulanya terkejut juga sebab tempoh masanya dahlah singkat pulak tu.. jumlahnya yang banyak. Kalau di ikutkan memang tak boleh buat sorang-sorang ni.. jadi untuk tidak menghampakan Azita, terima jugalah akhirnya tapi terpaksalah ambik pembantu sorang iaitu sepupu untuk menolong, kalau tak alamatnya tak siap ler.. jawabnya..!

Selepas confirm jadi dengan Azita petang tu.. dalam pukul 6 petang gitu..dengan tanpa berlengah lagi terus jer mengodak apam polkadot ni..
Dengan bantuan assistant, Alhamdulillah... Shukur kepada ALLAH..! lebih kurang
 jam 2.00 pagi siap semuanya...walaupun ketika ini pinggang den macam dah tak boleh nak tegak..! heee.. 

900 biji apam Polkadot aneka warna untuk majlis perkahwinan adik Pn. Ayu di Ulu Tiram, Johor.
Terima kasih Pn. Ayu.. dan juga Azita..!

 

1 comment:

  1. Terima kasih Am sebab sudi terima transfer order ni. Hehehe...cantik2 kalernya.

    ReplyDelete