08 December 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU..!

 Cuti-cuti sekolah sebegini biasalah kan.. ramai yang naik pelamin jadi bersesuaianlah dengan post hari ini iaitu sempena Majlis Perkahwinan Cikgu Noly yang berlangsung hari ini 08/12/2012 (Sabtu) jadi masih berpeluang lagi untuk mengucapkan.., 
'SELAMAT PENGANTIN BARU..!' buat Cikgu Noly dan Suami moga berbahagia hendaknya sehingga ke hujung nyawa..!

Jadi sempena perkahwinan beliau hari ini akak ada buatkan muffin pisang dengan taburan badam khas sebagai berkat untuk sebelah pengantin lelaki yang datang berkunjung yang akan di isikan  di dalam bag berkat.
Cikgu Noly ni sebenarnya pernah menjadi guru tusyen Amalina dahulu ketika Amalina di tingkatan 5 tahun lepas, kebetulan ketika itu beliau baru saja graduate dan hanya berkesempatan tusyen dengan beliau rasanya hanya 2/3 bulan saja sebelum Amalina menduduki SPM tahun lepas tapi Alhamdulillah...! Amalina dapat 'A' dalam subjek Akaun dalam peperiksan SPM tahun lepas.
Jadi sangat-sangatlah berterima kasih kepada Cikgu Noly di atas usaha-usaha beliau tersebut.



dan juga ... blueberry cistat untuk makan-makan yang di tempah oleh kakak cikgu Noly tadi.


2 comments: