03 December 2012

PULUT PENGANTIN & KARI DAGING

Semalam 02/12/12(Ahad) ada 3 customer yang membuat tempahan dan salah satunya ialah tempahan Pulut Pengantin ini, dari Zulaikha. Minggu lepas semasa buat tempahan tak di beritahu pulak untuk siapa.. dan bila tiba masa untuk menghantar pulut ni di Dewan Masai, kelihatan ramai orang tengah sibuk di dlm dewan tersebut, juga tersergam indah pelamin yg berhias indah memang cantik, tanpa berlengah terus tanyalah orang2 yang ada kat dewan tu.. nak jumpa Zulaikha, dia orang cakap Zulaikha sekarang kat Masjid tengah akad nikah..!
Al-kisahnya rupanya dia (Zulaikha) sendiri yang jadi pengantinnya..! jadi tak dapatlah jumpa time tu.. cuma letakkan aje pulut tu.. atas meja makan berdamai dan terus berlalu sebab nak cepat kerana nak jumpa customer yang dua orang lagi...

Apa pun terima kasih Zulaikha dan SELAMAT PENGANTIN BARU..!









Sebenarnya Zulaikha nak Pulut Berhias dengan Kari Daging sebagai lauknya.. jadi buatkan kari daging yang pekat-pekat sikit.



2 comments:

  1. sedapnya kak...cantik sgt pulutnya..:)

    ReplyDelete
  2. >>asmah yusof: alhamdulillah..! tkasih asmah..

    ReplyDelete