18 December 2012

KEK KUKUS ASAM MANIS

Assalamualaikum...
Ketika ini asyik hujan aje.. (Alhamdulillah... begitulah kurniaan dari Illahi..!) persekitaran sentiasa basah dan suasana terasa sejuk memanjang walau apa pun tugas di dapur tetap berjalan seperti biasa malah rasanya dengan suasana yang sentiasa hujan begini rutin para ibu semakin bertambah kot..! Mananya tidak.. waktu hujan-hujan mulalah perut pun berbunyi sana-sini.., petang-petang mulalah terasa laparnya maka nak tak nak ke dapur juga akhirnya untuk mengisi perut yang berkeroncong kan..! 
Maka dengan itu berbagailah menu yang keluar ya.., dengan goreng pisangnya, jemput2nya, dengan teh 'o' & kopi panasnya dan macam-macam lagilah dan yang terlebih rajin sikit pula dengan pelbagai kuih-muehnya. Jadi kat rumah ni pun tak terkecuali juga.., busy jer kat dapur memenuhi keinginan anak-anak tapi yang sebenarnya tekak sendiri pun nak  jugak..!


Salah satu menu tuan rumah ketika hujan2 ni ialah Kek Kukus Asam Manis/Hawflakes Sebenarnya ada 2 versi kek ni iaitu seperti biasanya menggunakan biskut marie tapi yang kali ini tak menggunakan biskut marie, dan pernah juga buat sebelum ini.
Sebenarnya dah beberapa kali beli asam hawflakes ni,, asyik tak berbuat juga keknya akhirnya dimakan cam tu jer.. sebab akak ni memang suka asam ni.. yang dulu time kecik2 kita orang gelar 'ASAM BELACAN' ada rupa belacan ker..? tapi begitulah nama diberi..
 Kek Kukus ni memang suka sangat tapi nak membuatnya kadang tu ada banyak malasnya..! Walhal taklah susah sangat..! Tapi pada pandangan akak yang menggunakan biskut marie lebih sedap sikit ada lemak-lemak gitu.. 


Ramai yang telah mencubanya sebelum ini mungkin sebab pembuatannya yang agak ringkas serta mudah dan yang penting sedap..! Boleh tengok resepinya di bawah..

KEK KUKUS ASAM MANIS
Sumber :  Kak Fida - myresepi.com

Bahan-bahannya
5 biji telur
225g gula halus - (akak letak 200g)
2 sb susu pekat  - (akak tambah)
150ml susu cair
100ml minyak jagung
220g tepung gandum
1sk baking powder
1sb ovellate
1sk vanilla
1/2 sk garam
Asam Hawflakes secukupnya
Pewarna digemari
Caranya
Ayak tepung & baking powder dan campurkan semua bahan lain kecuali minyak, asam hawflakes & pewarna. Pukul sebati sehingga gebu...
Masukkan minyak jagung dan digaul rata dengan senduk kayu
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan hijau & kuning
(Boleh juga buat beberapa bahagian dan pelbagai warna lain yg disukai..)
Loyang dialas kertas minyak dan dilenser butter/minyak
Tuangkan 5 sudu besar adunan kuning ke dalam loyang ratakan dan susun asam hawflakes
Kukus selama 5-7 minit, dan letak pula sedikit adunan hijau dan seterusnya..
Ulangi proses melapis sehingga habis
Lapisan terakhir kukus selama 20 minit agar kek tersebut cukup masak



4 comments:

  1. tgk creampuff kat sblh kotak komen nih br sedor akak ghupernyer tokey creampuff.. hihihihi... adehhhhh.... meh sini kek lapis tuh kak... teringin nak makan buatnyer ntah taun bila... hihihi

    ReplyDelete
  2. btul tu...bila taun la nak buat sendiri ni kan.... kalau la boleh pos... =)

    ReplyDelete
  3. Alangkah bestnya kalau Kak Am duduk area sini...
    Bleh tempah kuih Kak Am yang teramatlah meliurkan.
    Kuih-kuih Melayu pulak tu..ramai yg tak buat dah sekarang ni.

    ReplyDelete