21 November 2012

150 BEKAS PULUT KUNING TEMPAHAN DARI KOTA SINGA

Assalamualaikum buat semua..!
Lama dah tak menayang tempahan, sebenarnya ada yang menunggu utk ditayang tapi kenalah ikut turutan.. dan ikut ketidaksibukan tuan rumah juga..

Tempahan berikut ini baru saja di hantar (semalam) hari Selasa (20/11/2012) pada pukul 12 tengahari.
Tempahan pulut kuning + rendang ayam yang di packing dalam mangkuk sebanyak 
150 bekas. 
Pada mulanya mereka inginkan pulut kuning 2 tingkat bersama rendang ayam tapi kemudiannya ditukar pula untuk diisikan dalam bekas seperti ini mungkin juga sebagai berkat untuk para staff mereka.

Tempahan minggu ini dari Pn Noraini (warga Singapura) khas untuk jamuan di kilangnya sempena pembukaan kilang tersebut di Nusajaya, J.B.
Puas juga berpusing-pusing mencari area kilang tersebut maklum tak biasa lagi pergi area tersebut. Setibanya saja di kilang tersebut kelihatan tersergam indah canopy berwarna hijau/putih sedondon pula dengan warna uniform para staff mereka juga hijau/putih.. cantik juga kelihatannya..! Pulak tu.. dah ramai staff mereka yang menunggu dan duduk di bawah canopy tersebut hanya menunggu waktunya untuk jamuan, segan juga rasanya time tu..!

Sebenarnya tempahan ini telah dibooking hampir sebulan lamanya, mulanya risau juga boleh ke buat banyak-banyak ni..? Berdebarlah juga, yalah.. bimbang juga kalau tempahan orang tak dapat ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Tapi alhamdulillah..! siaplah juga akhirnya. 

Lepas tu.. nak meghantarlah pulak ke Nusajaya yang sebenarnya belum pernah jejak lagi area Nusajaya ni, nama jer orang JB. Anak-anak bukan main suka bila dengar nak hantar ke Nusajaya sebab dia orang ingat nak pergi ke LEGOLAND lah tu ..! Bila dengar Nusajaya dalam kepala dia orang cuma LEGOLAND jer..! Ha..ha.. jumpa juga Legoland tu.. tapi cuma lalu & pandang2 dari jauh jer.. hee..! Merungut si Ain.. kenapa tak singgah Legoland..??? 

150 bekas pulut kuning + rendang ayam

Sebahagian daripada pulut kuning yang telah siap dikukus hanya menunggu utk. di packing.

Kali ini mengukus pulut hampir 10kg banyaknya... ada lagi dalam kukusan yang masih belum masak.
 Jenuh juga nak packing satu-satu dalam bekas cam ni..

Selain daripada itu ada juga tempahan aneka talam juga untuk jamuan tersebut iaitu Talam Sarawak, Talam Suji, Kole Kacang dan Serimuka Pandan
Terima kasih buat Pn. Noraini dan warga staff dari companynya
Harap berpuas-hati hendaknya dan mohon maaf andainya ada yang terkurang mahu pun yang kurang menepati citarasa.

1 comment:

  1. Alhamdulillah kak biz makin maju,
    dimana2 ada rezeki dariNyakan kak asalkan rajin

    ReplyDelete