19 November 2012

HOMEMADE COKLAT - Menunaikan janji anak-anak..!

Homemade Coklat..! Juga permintaan dan janji kat anak-anak...
Lama dah janji dengan mereka nak bermain dengan coklat tapi asyik tangguh dan tertangguh jer..
Baru-baru ini ada sedikit masa terluang kenalah tunaikan janji kepada anak-anak. Memang menjadi kesukaan mereka coklat ini, itu yang selebihnya pos ke Amalina di Tangkak.
Dapatlah Amalina dan kawan-kawannya merasa... suka sungguh mereka..!

Setelah siap coklat bolehlah kita balut dengan kertas seperti di bawah ini, ini pun balut ikut apa yang ada kat rumah, nak beli warna lain lagi cantik dan menarik tapi tak sempat pulak nak ronda-ronda ke kedai. Gunalah apa yang ada jer..!

 Lebih-lebih tu.. salut pulak kat strawberry dan kiwi tapi kiwi coklat tak sempat di snap sebab dah terus di makan oleh pembuatnya.. dah tak tahan memang sedap rupanya kiwi celup coklat..!
Celup.. jangan tak celuppp..!!!! Besttttnya...
 Apalagi ketika cuti-cuti sekolah sebegini.. memang anak-anak pasti seronok kalau para ibu meluangkan sedikit masa untuk membuat coklat sendiri di rumah, pasti riang-ria sungguh mereka, selain sebagai aktiviti yang menyeronokkan malah ianya juga puas untuk anak-anak menikmati coklat buatan sendiri, pasti mereka sungguh suka dan amat teruja gitu..!

Tapi.. tapiiii.. lepas tu.. bersedialah pulak untuk mengemas dapur yang berselerak ya..
walaupun suka ada dukanya sikit... sebab dapur bersepahlah sudah..! heee..

Hemmmm.. sedapnya..!!!


Selain daripada tu boleh juga di buat seperti di bawah ini.., di letakkan badam cincang dan di tuangkan coklat. Mudah dan ringkas aje kejap jer siap dan cepat jer masuk ke mulut.. dan licin..!

Boleh juga dibuat sempena raya sebagai hidangan untuk para tetamu, memang sedap dan di gemari ramai yang pasti cepat jer habis..!
Boleh dibuat pelbagai bentuk dan rupa, boleh di dapati banyak di kedai bakery pelbagai bentuk acuan coklat yang amat menarik, ini buat sikit jer sebab malas nak keluarkan yang lain-lain tu..! bukannya apa.. malas nak menyerak banyak2 kat dapur..! hee..

Munge-munge ada juga...!


Love..love pun ada..! 
Di dalamnya boleh dibubuh apa saja yang disukai samada badam, kekacang, kismis, perisa dan sebagainya

Caranya amat ringkas dan mudah saja pasti semua orang telah mengetahuinya..
Cuma beli apa saja jenis coklat bar yang digemari di kedai Bakery dan cairkan secara double boiler dan tuangkan dalam acuan coklat. Nak lagi sedap boleh diletakkan kekcang seperti badam, kismis dan sebagainya.. Siappppp..!




3 comments:

  1. hampir menitik air liur saya tgk cekelat tu, sedapnya

    ReplyDelete
  2. tengah tersandar tengok coklat tuh!

    ReplyDelete
  3. >>Tina : hee.. nasib baik x menitik terus kan..!

    >>Aeinio: amboi.. cam tu sekali ker..? heee..

    ReplyDelete