16 October 2012

PULUT KUNING LAGI...


Selepas buat pulut kuning pengantin (Sabtu lepas) keesokkannya ada lagi tempahan pulut kuning dan rendang daging pulak sebanyak 3kg pulut dan 3kg daging.

Tempahan dari Pn. Zaitun dari Senai, Johor agak jauh juga tu nak ke Bdr Seri Alam ni, tapi di sebabkan highway baru jadi lancar aje kot.. mungkin perjalanan dari Senai ke sini lebih kurang 1/2 jam boleh sampai rasanya.
Terima kasih juga kepada suami Pn Zaitun yang datang mengambil di Tesco Seri Alam.

Pulut kuning ni tak di terap dalam loyang spt biasa sebab Pn. Zaitun nak packing2-kan, mungkin nak di bahagi-bahagikan kepada para tetamu sebagai berkat kot..


Harap berpuash-hati hendaknya ya.., Terima kasih Pn Zaitun dan suami..!

No comments:

Post a Comment