05 October 2012

KEK KARAMEL - Hari Ini Dlm Sejarah..!

 

Assalamualaikum..!
Entah mimpi apalah hari ini.., tup-tup boleh bersemangat nak mencuba 'KEK KARAMEL' yang dah memang popular kepada para blogger masakan. Orang dah jauh nun naik ke bulan tapi kita baru nak merangkak-rangkak.. baru nak mencuba buat. Walhal dah lama simpan resepi ni sejak mula-mula lagi kek ni mula nak popular, dah begitu ramai yang dah mencuba dan ada yang dah semakin laris bisnesnya dengan kek karamel ni tapi kita juga yang ketinggalan..! 

Entah kenapa sebelum ni.. bila tengok jer resepi kek karamel ni terus tak jadi nak buat sebab macam leceh dan berderet gitu resepi dan bahan2nya. Akak memang tak berapa gemar benda yg leceh2 ni..! itu yang tak berbuat juga sampailah ke hari ini, Itu yang dikatakan "HARI INI DALAM SEJARAH..." ini pun dek masinnya mulut Ana kot.. yang katanya tengoklah tak lama lagi akak pulak yang tayang kek ni..! Heee.. 

 Orang baru nak mencuba jadi tak berapa nak cantik kejadiannya.. tapi kalau nak tengok kek karamel yg cantik intai-intai dan jenguk2lah ke dapur Pn. AnnaQawina kita tu.., yang memang dah pakar dan terror bab kek ni..! Bagi sesiapa yang rasa malas nak buat order aje kat Anna ni.. segala macam kek dia buat. (Promote sikit..!) Hai.. macam manalah Ana boleh buat berloyang-loyang kek karamel ni ya..??? Kalau akak adoi.. mintak ampunlah jawapnya..! buat 1st time ni pun entah apa nasiblah..


Bila nak potong macam menggeletarlah pulak tangan ni.., bukannya apa tapi tak sanggup nengok karamelnya yang lembut2 gitu..! (Nampak sngt mcm jakun benar...)
Ni belum makan sangat pun baru rasa sikit jer.. sebab nak biar kek ni dok terperap dalam peti sejuk dulu.. kata orang lagi sejuk lagi sedap..! 

Masa bakar tu bahagian bawah kek tu bukan main naik mengebu lagi sampai penuh atas loyang, rasanya lain kali nak buat guna loyang 4 segi yang besar sikit (9'x9'/10') sebab bahagian kek tu macam tebal sangat.

Satu lagi.. bila masa nak terbalikkan kek tu, ya ampun..! berdetup-detap jantung rasanya.., takut entah apakan jadi kat karamel tu nanti, hancur lebur ker..? itu pun tersompeklah juga sikit kat tepi karamel tu tapi nengok Anna punya bukan main  licin & cantik-molek aje rupanya ya..! Tangan pakar  lagi pun memang dah biasa buat  (beratus-ribu biji lagi..)  lain juga ya..! 


Disini akak sertakan resepinya tapi copy dari pakar kek karamel kita Anna, mohon letak kat sini ya Anna..! Di sebabkan tengok cara-cara dan tip2 dari Analah yang akak bersemangat juga akhirnya nak mencuba kek yang menjadi sebutan dan kegilaan ramai.. cewah..!

KEK KEREMEL II
Sumber asal : Puan Munira Baharom
Sumber baru : Puan Shasha rahmat & Puan Sha Hafizi (kalau ada yang lain sbg rujukan maaf yer, blh bgtau saya..), Kak Nadz COSK



Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek 

  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
  D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.
** Nota utk sendiri (utk citarasa sendiri akan dtg..) :
1) susu pekat - ¾ / ½ cwn jer..
2) Guna loyang 4 segi  9x9 /10x10
3) Suhu 160°c 1jam 15 minit


Tertonggeng-terbaliklah.. kek ni kena di posing-posingkan..!



6 comments:

  1. aslmkum k am.. pertama kali buat terus mjadi.. saya pu dah cuba resepi ana ni.. saya kene kumpul kesabaran yg byk bila buat kek2 cam ni.. hihihi

    ReplyDelete
  2. >>dzana: wsalam zana, mmg nmpk mnjadi zana, tapi xlah cntik sngt pun, betullah mmg kena sabar buat kek ni.. takut nilah sekali jer buat, hee..!

    ReplyDelete
  3. salam rindu kak am cayangg..lamanye kita x bertegur sapa ek..pekabo? moga kak am sihat sokmo hendaknye..uish..nmpaknye hari saya belum bersejarah kak sbb x terbuat2 lg kek karemel nih..ngeri sehh nk wat!!hehe..

    ReplyDelete
  4. >>Inahar :hi..hi..! La.. ingatkan akak aje yg ketinggalan rupa2nya ada lagi ya..? betullah tu.., mmg ngeri mulanya..! baru2 ni komen dgn Anna kat fb ckp kat dia akak belum sampai seru lagi nk buat kek karamel ni.., tup2 hari ni dah buat mmg masin mulut si Anna tu..! heeee...

    ReplyDelete
  5. Kira okehh gak nihhh...
    first trial pong nmpak cantik jugerr..
    sedapnyerrrr... entah bila la nk boleh try buat jugak nihh... ;))

    ReplyDelete
  6. Kesampaian juga akhir nya, Along lagi ketinggalan dari Am... sampai skrg pun tak terbuat... nak kena tunggu ada function baru boleh buat ni.

    ReplyDelete