08 February 2012

KEK ZEBRA


Assalamualaikum ..!
Kali ini kita share pula kek yang sungguh lembut & sedap iaitu 'KEK ZEBRA'  
namanya sebegitu mungkin kek ni bercorak dan berbelang macam zebra.
Tak kiralah apa saja nama yang diberikan oleh pemilik resepi ini namun bagi yang ingin mencuba sudah pasti tidak mengecewakan dengan teksturnya yang gebu, lembut sangat dan yang paling penting sedap masuk ke anak tekak..

Ketika masih dalam oven...


Sebenarnya kek zebra ni dah buat minggu lepas lagi jadi keknya pun dah tak nampak bayang, entah kenapa sejak dua menjak ni suka pulak nak buat kek selepas kek marble optima tempohari cuba pulak kek zebra berbelang ni.., disebabakan proses membuatnya agak mudah, senang dan ringkas lagi cepat maka itulah yang membuatkan rajin sikit, kalau yang leceh2 mungkin tak buat kot...!


Baru keluar oven aje dah sebahagian hilang, dimakan anak2.. suka pulak mereka..!
mungkin disebabkan kelembutan kek ni yang masuk mulut jer hilang kot..! 

 
Jom kita tengok resepinya...

KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery (Copy dari : Maklang Azie)
sumber : am@serojakitchen

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur) - kita guna 5 biji
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek  - akak guna tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis - akak guna 3sb susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang - Tak letak

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. 
    Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit. (akak letak 150°c selama 45 minit)
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.




6 comments:

  1. nampak sedap n gebu...
    nak try wat gak la...hihih..thanks

    ReplyDelete
  2. >>Intan: try jgn x try ya.. mmg gebu..!

    ReplyDelete
  3. gebuss tul kek k am ni.. teringin la pulak..

    ReplyDelete
  4. mmng gebu sangat, meh tukar2 dngn kek marble pandan yatie...nak tak...leh cuba resepi ni plk lenkali..

    ReplyDelete
  5. Kak Am, hamboih hamboihhh, tengok belang je pon dah tergoda....

    ReplyDelete
  6. salam kak yati....saya nak tanya...oven punya setting utk bakar kek kak yati nye camno....nampaknya mcm oven saya...guna simbol yg guna kipas aje ke atau kipas yg tertutup....nape saya bakarr kek lambat msk lepas tuh bantat n hangus....x boleh bakar dlm mangkok kaca yerr....tq

    ReplyDelete