12 January 2012

MASIH DGN ORDER YG LEPAS...


 
Banana cupcakes 100pcs

 Bersambung lagi dengan order2 yang lepas yang masih tak berupdate lagi...
Tempahan dari El (Siera Perdana) berderet  order dari El utk majlis kenduri adiknya.
Lepas balik bercuti tempohari sibuk menyiapkan tempahan dari EL ni tapi ada satu kejadian yg tak di ingini berlaku pulak. Tengah sibuk2 dan berebut-rebut nak menghantar semua tempahan ni tetiba anak akak boleh tertinggal sebahagian dari order triffles sebnyk 20 cups yg entah mcm mana tak perasan masih terperuk dok dlm peti sejuk. Jumlah yg di order 100 cups ke semuanya.
100 cups Triffles dgn 3 flavour iaitu strawberry/anggur & orange


Kesian sungguh time tu.., dah petang sangat barulah akak perasan bila balik ke rumah dan dan buka peti sejuk terperanjat dibuatnya..! kena marahlah anak akak, si Amalaina tu.. sebab dia yg mengangkat triffles tu masuk dlm kereta time tu.. memang cuai betul boleh tak diangkat ke semua rupanya, mungkin dia pun tak perasan ada lagi..
Minta maaf bnyk2 kat El dan family atas kejadian yg tak di ingini, tapi kenalah pulangkan balik jumlah  yg tertinggal tu..! Alhamdulillah... settle juga akhirnya..

 1 set pulut kuning & rendang ayam


Juga fruits tart 2 bekas 

******************************************************************

Ini pula tempahan kek marble dari sorang makcik yg Amalina baru kenal time dia tengah dok tunggu bas, mak cik tu pun berkenalan dgn Amalina dan cerita punya cerita, last2 mintak no talipon akak dari Amalina. 
Tak lama kemudian selang 2 minggu gitu makcik tu call nak order kek marble, lama dah tak buat kek marble apalagi kelibut juga dibuatnya...
Rupanya anak makcik tu tinggal tak jauh dari rumah akak, kira jiran sebelah taman maka senanglah nak menghantar kek marble tu.. 
Tkasih makcik.. & slmt berkenalan...!


**********************

Talam Cendol ni pulak order dari Diana rasanya (lupa pulak namanya..)
Jauh dia dtg dari Tampoi semata-mata nak ambik Talam cendol ni, Diana order 2 kotak utk kenduri juga, pada bulan 12 lepas memang ramai yg buat kendurI-kendara.
Maka boleh dikatakan full jugalah order time tu.. busy juga dibuatnya..!

1 comment:

  1. assalamualaikum kak...

    gebu2 banana cupcakes tu... akak lg hebat dr ana... klu bleh ana yg kene berguru ngan akak ni... hehe... salam kenal ye kak... ana follow blog akak ni tau...

    ReplyDelete