13 December 2011

TEMPAHAN LAGI...

Sabtu lepas (10hb Dec. 2011) dpt sms dari Nura orang KL yg kebetulan sedang berkursus di JB & menginap di Hotel Lavender di Permas Jaya, kira taklah jauh sangat dari rumah akak lebih kurang 15 minit gitulah..

Sekali baca sms berderet order yg Nura nak suruh buat dan nak dihantar pada pagi pukul 8.00 pagi di hotel tersebut pada keesokannya hari Ahad (11/12/11) kerana beliau nak bertolak balik semula ke KL.
Mula-mula macam terdiam sekejap nak terima order ni pertama banyaklah juga, keduanya macam dah suntuk sangat masanya takutlah tak terbuat pulak.
Tapi disebabkan Nura berharap sangat dibuatkan juga dan akak pun tawakal ajelah cuba juga menyiapkannya dlm masa yg dikehendaki tu.., tapi alhamdulillah.. akhirnya siaplah juga walaupun sampai ke pukul 3 pagi baru beres semuanya.
Jom kita tengok apa tempahan2 dari Nura utk dibawa pulang ke KL, spt yg dah nmpk kat atas tu apa lagi mestilah apam polkadot yg jadi pilihan sebnyk 100 biji. Tapi ada lagi tau...


Tapi Nura nak dipackingkan 50-50


Selain daripada itu ada juga 2 kotak bingka ubi dan...,

2 buku kek kukus buah, yg inilah yg akak risau & bimbang nak terima mulanya sebab 2 buku tahu ajelah kan.. sebuku kek mahu dikukus lebih kurang 4 jam lamanya.. tapi alhamdulillah... settle juga akhirnya..!


Kira Nura balik ke KL penuhlah bonet keretanya dgn pelbagai kueh-mueh dari JB ya..!
Pada malamnnya terima sms dari Nura mengatakan lain kali kalau turun JB nak order lagi..!
Terima kasih Nura..!

***********************************************************

50 biji Fruits Tart& 50 biji cream puff ini pula tempahan dari MMHE Pasir Gudang, Johor lagi..



Tempahan yg entah ke berapa kali.., terima kasih..!

****************************



Tempahan mee hoon putih dgn telur mata lembu & sambal tumis khas utk staff SMK Seri Alam 2, tempohari.


Bab packing2 ni yg lemah sikit...! maklum tak berapa mahirlah katakan..


Terima kasih yg tak terhingga kpd semua..!!!

1 comment:

  1. kak..cantiknya apam akka tu..licin gebu je..ada resepi rahsia & tips tak? hehe..
    akak saya pun nak tahu pasal fruit tart tu, blh ajar tak? ..

    ReplyDelete