24 December 2011

ORDER SEBELUM BERCUTI...


Semakin nak bercuti semakin banyak pulak order yang datang tapi apa pun terpaksa di tolak juga akhirnya sebab tak dapat nak ditunaikan hajat orang kerana terpaksa menyiapkan dulu tempahan2 sebelumnya. Mohon maaf banyak2 kpd sesiapa yg ingin membuat tempahan dan terpaksa ditolak kerana akak tak dapat nak menerimanya lagi kerana dah nak bercuti.

Ini pun kenalah siapkan tempahan yg telah diterima sebelum ini... spt di bawah ini,

Tempahan utk pagi ini 24/12/2011 - Sabtu 
Tempahan dari Eda jiran setaman rupanya, Eda baru sebulan je berpindah ke sini.
Tempahan cup-cake tema pink/putih utk majlis pertunangan YAN & AIN
Eda juga menempah 50 biji fruits tart & sekotak serimuka, tempahan semua ini bersempena majlis rumah terbuka beliau kerana berpindah ke rumah baru di sini.

sekotak serimuka

**************************************************************************

100 biji apam polkadot ini juga tempahan utk hari ini dari Intan


***********************************************

Selain itu ada juga tempahan 100 bji apam polkadot lagi tapi  di pack-kan 50-50 dan juga 25 biji fruits tart & 25 biji bluberry cistat tempahan dari Pn Ani
*******************************************************************

Tempahan Jumaat (23/12/2011)

Order dari Pn Safia dari Johor Bahru yang menempah 600 biji apam polkadot utk kenduri arwah yang akan diadakan di Melaka Sabtu ini.
Beliau nakkan dipackingkan 4 biji setiap pack, memang betul2 mencabar utk menyiapkan semuanya. Apa pun alhamdulillah.. akhirnya siap juga..!

Jadi.. apam polkadot ni dah pun sampai ke Melaka dan menjadi berkat utk majlis kenduri
 Pn Safia.
Terima kasih...!
600 biji apam polkadot yg telah siap di packing berjumlah 150 pack kesemuanya

Di antara apam polkadot yg telah siap dipack 4 biji setiap pack

 Selain itu , beliau menempah juga sekotak Bingka Ubi utk makan2 sekeluarga

No comments:

Post a Comment