13 November 2011

TEMPAHAN UNTUK 11.11.11

Tempahan dari Pn Ani lagi (Bdr Seri Alam), 100 biji apam polkadot, untuk jamuan di sekolah anaknya - Jumaat (11.11.11) lepas


Minggu ini memang agak sibuk sikit terutama di hujung2 minggu apatah lagi bila tibanya
tarikh 11.11.11 memang banyak sungguh tempahan demi tempahan untuk tarikh tersebut.

Tak tahulah pulak ya.. kenapa??? mungkin adalah majlis2 tertentu yang di adakan bersempena dengan tarikh yang dikatakan cantik tu..! Ramai yg buat majlis nikah, bertunang dan sebagainyalah lagi.. sehinggakan tuan rumah pun terpaksa menolak beberapa tempahan yang kerana dah tak larat & tak sempat nak membuatnya lagi. Jadi maaf ajelah ya.., kepada sesiapa yang tempahannya terpaksa ditolak tempohari.

Apa pun terima kasih banyak2 juga, kepada mereka yg telah sudi membuat pelbagai tempahan tempohari


Tempahan Jumaat (11.11.11) juga...

200 biji apam polkadot

sekotak bingka ubi

50 biji kek cawan pisang

Semua tempahan di atas dari Pn Suhana lagi (Tmn Impian Emas, JB) utk dibawa pulang ke kg nya di Batu Pahat, terima kasih Su...!




100 biji blueberry cistat dari ..??? lupa pulak namanya... (sorry...)



Apam polkadot lagi 100 biji dari Mrs Shanti (TNB Staff, Pasir Gudang)

*
*
*
Sebenarnya ada lagi tau tempahan untuk 11.11.11 ni.. tapi tuan rumah dah lepaklah..., kita sambung esok2 pulaklah ya..!!!



No comments:

Post a Comment