05 October 2011

TEMPAHAN YG LEPAS...


Tempahan apam polkadot sebanyak 500 biji utk majlis perkahwinan pada 25/09/2011 yg lepas.

Sebenarnya utk tempahan yg melebihi 300 biji memang dah tak larat nak membuatnya lagi, sebab proses membuatnya memang leceh & rumit tapi di sebabkan tempahan ini dari sedara sendiri yg mana dah lama beliau booking maka kenalah buatkan juga. Tak sampai hati pulak nak menolaknya..! Sebenarnya apam ni pelbagai warna, segala warna ada tapi yg nmpk cuma warna2 ini ajelah jawabnya sebab dah banyak sangat yang tersembunyi kat bawah2nya..


Terima kasih kpd mak/bapak pengantin dari Tmn. Pasir Putih


150 biji kulit tat yang ditempah oleh Ina dari KL, pada mulanya Ina nak diposkan aje tapi memang mohon maaf sangat sebab kulit tat tak boleh dipos sebab pasti akan pecah berderai jawabnya.
Nasib baik kebetulan time tu, abang Ina nak dtg ke KL keesokannya jadi senanglah ceritanya maka di kirimkan aje pada abg Ina. Thanks Ina...

*******************************************************

50 biji cupcake pisang utk majlis marhaban minggu lepas ditempah oleh anak sedara cik abg kita yang tinggal di Tmn Kemas, J.B.
Terima kasih Along...!

*******************************************



Tempahan 100 biji apam polkadot kaler pink/putih & sekotak talam cendol dari Shamsiah dari Tampoi, Johor. Terima kasih...


2 comments:

  1. thank kak am, tak sempat nak isi cheese pun anak dah balun kulitnye...nanti balik jhr ingt nak order lagi

    ReplyDelete
  2. >>salina: terima kasih juga buat ina...

    ReplyDelete