05 October 2011

PUDING MARBLE ROSE

Cuci2 mata aje ya...!



  • Puding marble rose ni dah buat lama sebenarnya minggu.. minggu lepas dah.. tapi tak sempat nak ditayang sebelum ni..


Asalnya dari resepi puding pelangi copy dari dapur azita tapi di olah sikit sendiri utk di jadikan marble.


PUDING MARBLE ROSE
(sumber : am@serojakitchen)

ASALNYA DARI PUDING PELANGI
Resepi asal ialah daripada Alma @ MyResipi diedit oleh azitakitchen
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar2
650ml air
200 gm gula pasir (saya gunakan 160 gm sahaja)
60 gm mentega
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (saya gunakan chocolate paste)
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning dan merah
Cara-cara :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih.
  2. Pukul telur sebantar. Kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga rata.
  3. Satukan adunan telur dan agar2 dam masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
    Satu bahagian dicampurkan dengan bancuhan koko, satu bahagian dengan pewarna kuning dan satu lagi dengan pewarna merah. Kacau rata2. (kita letak warna pink..)
  5. Utk dimarblekan, tuang ke dlm acuan/bekas digemari berselang-seli mengikut warna yg disukai tadi sehingga habis.
    Setelah agak suam2 simpan ke dlm peti sejuk. siap...


No comments:

Post a Comment