17 July 2011

MODEL APAM POLKADOT & TEMPAHAN

kita layan dulu model apam polkadot ni ya..!

Kedua-duanya adalah anak sedara yg tengah nakal & lasak sangat... ibu mereka ada appointment dgn doktor jadi tumpang kat rumah sekejap tapi yg adiknya kat atas ni (Nur Syaza Liana) sempat mengacau maklong dia tengah buat apam ni, selamba je dia mengisi adunan ke paper-cup, menjerit mak long dia..!

Ni kakak dia si Nur Elida Sofea sempat juga berposing dgn apam polkadot mak long dia...!

*************************


Oklah spt biasa kita tinjau2 tempahan minggu ini selama semiggu sudah..
Sekarang ni tuan rumah seminggu sekali baru berpeluang utk update blog.


TEMPAHAN 17/07/2011 - Ahad
Masih lagi dgn tempahan pulut kuning & rendang yg kini tengah hot, boleh dikatakan berderet-deret pulak tempahan utk pulut kuning ni..! Ramai juga peminat pulut kuning ya...

Rendang Daging & Pulut kuning

Kali ini tempahan dari Pn. Latifah dari Singapura yg inginkan pulut kuning & rendang daging
Di samping itu ada juga tempahan puding marble (tapi lupa nk ambik gambar)
Spt biasa bertemu di Tesco Seri Alam pada pukul 11.00 pagi, tapi mr hb yg tolong hantarkan sebab tengah sibuk menyiapkan tempahan org lain ketika itu.
Terima kasih banyak..!

**************************************

TEMPAHAN 16/07/2011 - Sabtu

Terima call dari Balkis dari Bdr Seri Alam juga yg inginkan Muffin Coklat Chips utk majlis kenduri yg akan di adakan pada pukul 8.00 mlm

Sebelum ini Balkis juga pernah menempah dari akak, sempat juga Balkis mengundang akak sekeluarga ke majlis tersebut. Rupa-rupanya majlis hari jadi anak bongsunya, kira sempat juga berramah-mesra & menjamu selera dgn Balkis & keluarganya.
Sebenarnya Balkis akan berhijrah ke Bahrin tak lama lagi.. kerana mengikut suaminya yg bertugas di sana. Moga selamat berangkat ke sana ya..!

*****************************


TEMPAHAN 16/07/2011 - Sabtu

Spt. biasa tempahan dari Pn. Intan, 100 biji apam polkadot

Ramai peminat apam polkadot ni di luar sana...!

*******************************


JUGA TEMPAHAN 16/07/2011 - Sabtu



Kek Coklat Moist dari .. (terlupa lagi namanya?)
Maaflah ya.. tempahan dari Tampoi Indah, J.B.

***********************************************************

TEMPAHAN 15/07/2011 - Jumaat

Peminat pink/putih lagi..!

Ini pula tempahan dari regular customer yang sentiasa ada saje tempahannya iaitu dari Pn. Ziela
Kali ini Ziela inginkan Bingka Ubi (Gula Merah) 2 kotak & 100 biji apam polkadot (pink/putih) utk majlis kenduri di rumah saudaranya.
Thanks Ziela...!

*******************************************

TEMPAHAN 14/07/2011 - Khamis

150 biji apam polkadot, juga masih dgn apam polkadot lagi tempahan dari...????
Alamak terlupa pulak.. dah bnyk2 sampai tak teringat namanya. sorrylah ya..!

*******************

TEMPAHAN 14/07/2011 - Khamis

Tempahan pulut kuning + rendang ayam lagi..
Dah dua kali Anis & family menempah pulut kuning ni utk makan2 sekeluarga.
(Anis classmate Amalina, terima kasih Anis & family)

Hantar ke rumah Anis yg dok area Bdr Seri Alam juga, dlm pukul 6 ptg gitu..!

*****************************


TEMPAHAN 13/07/2011 - Rabu

Apam Polkadot pink/biru sebanyak 100 biji, juga utk Pn. Intan


********************

Tempahan kek b'day dari cikgu Suhaila SMK Seri Alam 2, utk harijadi anaknya yg berusia 5 tahun.

Cheese Cake utk Aina...!

Terima kasih Pn Suhaila & maaf kerana keknya ada kekurangannya..



2 comments:

  1. kiutnyer 2 org model tu.... kemain lagi berposing.. hehe..
    sy ingatkan besar apam polkadot tu.. rupanya kecik comel jer ekk.. kiranya sebiji tu utk semolot la ye.. tp kalau org pemalu sikit sebiji 2 kali ngap la tu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. >>madiha : betul tu cenonet jer apam tu.. kalau x malu blh sekali ngap 2 biji..! heee...
    model2 tu yg sibuk mengacau akak mengdot tempohari.

    ReplyDelete