07 April 2011

MAKAN SEAFOOD DI TEPI PANTAI SENIBONG

Alhamdulillah...!
Sempena b'day tempohari di sebelah malamnya, kita org sekeluarga pun pergilah makan2 seafood di tepian pantai. Walau pun area tempat makan2 ni taklah jauh sangat dari rumah cuma belum berkesempatan utk sampai ke sini sehinggalah time b'day tempohari bila mr hb ajak kita org makan2 di sini. Memang seronok betul2 di atas laut, ramai sungguh umat manusia yg menjamu selera walaupun dah malam2 buta..

Kebetulan gerai yg kita org makan ni ownernya adalah kawan mr hb tapi makan tetap bayar tau.., bukannya free, heee..
Makanan & menu di sini memang sedap2 belaka maklum bahan2 seafoodnya memang fresh dari laut yg berdekatan. Jom kia intai apa yg kita org makan tempohari..

Ya.., ini dia menu yg kita org order tempohari iaitu salah satunya siput gong2 berlemon, sesiapa yg tak pernah makan atau tak pernah melihat siput gong2, inilah dia, sedap sesangat.
Time kecik2 dulu selalu cari siput gong2 ni di tepi pantai lepas tu lama benar tak makan siput gong2 ni sebab dah semakin pupus. Macam teringin sangat.. nak makan, sebab tulah dtg makan kat sini.

Lihatlah aksi2 anak2 ketika menanti hidangan sampai, si iman memang kuat minum sehinggakan air dlm gelas pun dah nak surut sedangkan makanan masih belum sampai lagi.

Inilah dia siput gong2 tu.., memang sedap sehinggakan mr hb yg tak pernah makan sebelum ini pun menyukainya. Tengok tu.., sampai licin-licat...!

Disebabkan susah nak dapt siput gong2 ini jadi harganya sekilo pun boleh tahan mahal.
Disamping itu kita org makan juga tomyam udang & ayam, khailan ikan masin dan ikan kerapu 3 rasa. Masakan kat sini memang sedap & berpuashati sangat, lain kali boleh ler datang lagi..!
Alhamdulillah..! kenyanglah sudah...

2 comments:

  1. Kak am,
    pantai senibong ni kat mana kak?
    macam nak pergi lah bila masuk johor..
    ada alamat boleh kasi kita tak?..
    kecur dah ni..hehe

    ReplyDelete
  2. >>:isnita: nape x leh tertelan x biasa eh..? rugilah..

    >>ayu: senibong dkt area permas jaya x jauh dg kg bakar batu, ayu nak balik s'pore pun x jauh..

    ReplyDelete