12 April 2011

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH



Merata-rata ramai yg dah pun buat kek2 coklat baik yg ada telur mahu pun tak bertelur..,
Kalau kat rumah ni, kek coklat memang favorite anak2.. pantang ada memang cepat aje bersih tapi masing2 mesti nak yg ada topping sekali, kalau agak2 malas nak buat toppingnya mereka boleh pandai2 sendiri menoppingkan kek tu..!
Itu yg mama dia org menjerit sakan... sebab tak nak dapur jadi berkecah dibuatnya.
Nak tak nak terpaksalah juga mama dia org buatkan juga akhirnya.., hai..anak2..!!! Gerammmmmm.. betullah..!


Biasanya kita guna topping coklat tapi kali ni, kita toppingkan pulak dgn coklat warna pink (strawberry coklat). Dah tu menokok-tambah pulak dgn kita buat sikit rupa cacing2 kerawit gitu..! hee.. bukanlah cacing kerawit betul2 ya.. kira kita deco2 kan kek tersebut dan kasi hentam ajelah..!



Selain daripada itu yg lebih2 tu.., kita boleh kukus dalam bekas macam kat atas ni.. dan taburkan coklat rice kat atasnya, kemudian sumbatkan dlm peti sejuk. Bila2 nak makan ambik aje sorang satu, senangkan..? Lagi lama dok dalam peti sejuk lagilah sedap. Anak2 memanglah suka sesangat..! Mama dia org pun menumpang juga... sebab nak menambahkan lagi kg kat bodynya..


KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
sumber: along@myresepi & Noorsha & copy dari: Izah muffin lover

Bahan-Bahan
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair
**250 gm susu pekat

250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.


Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak

*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.


7 comments:

  1. Assalam kak, kek ni memang sedap...nieza pun suka sgt...cantik jer deco ngan pink colour tu...bunga pun cantik gak..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalam kak am,
    wah ramai juga yang telah mencuba ya..
    kita belum lagi ni..bila lah tu agaknya..aduhai tak boleh tahan ler..coklat sedap lah ..
    kak thank u for the wishes tu ya..

    ReplyDelete
  3. kak am, ira rancang nak buat kek ni gak tap kek lain pulak jadinya...hehehehe. kak, kalau nak kukus guna cup kecil tu kena letak sekali tak penutupnya atau kukus terbuka mcm tu je...dah lama nak kukus dlm cup mcm tu, tapi tak tahu caranya

    ReplyDelete
  4. salam kak am..cantiknye design tu..walopun kate cam cacing kerawit, tp nampak cute pulak... sedap kan kek coklat chef ni.... err...rase cam nak terbuat blik la plak..owh tidak!~ hehe

    ReplyDelete
  5. kak, tutup guna penutup cup tu ke @ guna aluminium foil?

    ReplyDelete
  6. terima kasih ye kak.....kuih gulung tu dah habislah kak, lain kali buat kita kasi kat sana ye

    ReplyDelete