14 March 2011

TEMPAHAN YG BERDERET SEBELUM KE KUALA PILAH..

Blossom polkadot kaler hijau epal & cream/putih ni tempahan dari biras akak yg juga akan mengadakan majlis pertunangan adiknya di Pulai Jaya, J.B. - sabtu lepas.
**************************

Assalamualaikum...!
Sabtu (12/03/2011) dah nak bertolak ke Kuala Pilah sebab menghantar rombongan pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki pulak di sana.
Sebelum pergi hari itu bersilat jugak menyiapkan beberapa tempahan yg berderet, pulak tu ramai yg nak pada 12/03/2011, maklumlah musim cuti sekolah sudah bermula jadi ramailah yg mengadakan kenduri2 kahwin dan sebagainya. Maka tak menang tangan juga dibuatnya..

Kita intai2 tempahan minggu lepas ya....


Cupcake bertema hijau juga sebagai hantaran pertunangan juga dari beliau, termasuk juga puteri ayu kaler hijau epal ni, boleh dikatakan majoritinya hijau2 belaka..! Ada satu lagi juga tempahan beliau iaitu donat tapi yg ini akak terpaksa minta tolong sepupu buat sebab dah tak larat dah..
Apa pun thanks kpd Zizah & family...!


************************************************************************

Utk puteri ayu kaler hijau-kuning ni pula dari Pn. Balkis Bdr Seri Alam, juga nak buat kenduri hari yg sama juga.
Beliau menempah juga Talam Cendol spt dibawah tu ha...




T/kasih Balkis.....

***************************************

Blosson dot..dot.., lagi

*


Tempahan utk 11/03/2011 - Jumaat
3 set blossom polkadot (iaitu 3 kotak berjumlah 300 biji) sekotak berjumlah 100biji, tempahan dari Tesco Seri Alam

**********************************




Ini pula tempahan2 dari Aini Tmn Scientax yg juga kwn kpd Wati.
Aini dh buat tempahan seminggu lebih awal

Aini menempah:-
100 biji blossom polkadot
100 biji cream puff (gmbr x sempat snap..)
50 biji b/berry cistat (juga terlupa snap gmbr)
1 kotak (10x10) Talam Sri Sarawak (juga x sempat nk snap)
1 kotak (10x10) Bingka Ubi


T/kasih bnyk2 Aini...

**********************************




Ini pula 200biji blossom polkadot juga dari siapa ya..?
Alamak sorry.. sangat2.., dh bnyk sangat sampai dah x ingat..!
***************

Semua tempahan2 ini diambil pada 12hb March 2011
Berpeluh juga nak menyiapkannya...!
Walaubagaimana pun shukur & alhamdulillah sebab siap juga tempahan2 yg berderet tu..

1 comment:

  1. wah banyaknya tempahan akak....alhamdulillah murah rezeki tu kak...suka tgk hasil tgn akak semuanya cantik.

    ReplyDelete