17 March 2011

JUS BUAH NAGA


Kesian pulak menengokkan buah naga yg tinggal separuh tergolek-golek dlm peti sejuk.
Bukak-katup peti sejuk hari2 tak teringin pun nak buat sesuatu sehinggalah hari ini tekak ni macam nak minum sesuatu yg sejuk dan menyegarkan tekak jer..,
maka terciptalah JUS BUAH NAGA..

Bila buah naga dah bercampur dgn susu cair dan ice, aduhh.. nyamannya hingga tak terkata..!
memang sangatlah sedap.. tak percaya bolehlah cuba sendiri ya..


Resepinya selongkar dari rumah Mat Gebu, minta izin copy dan letak kat sini pulak ya Mat, Terima kasih..

***************************
JUS BUAH NAGA
Resepi : Mat Gebu@tiffinbiru.blogspot.com
Source : Am-flora@serojakitchen.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA
1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
3 cawan air mineral
1/2 cawan susu sejat IDEAL
3 titik esen vanilla - (x letak)
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-
Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 guna dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk.


1 comment: