01 March 2011

BILA APAM LABU BERPOSING SAKAN...!

Rasanya minggu ini minggu melabu kot..? heee..
sebab ramai benar yg dah buat apam labu ni, akhirnya tergoda dan lemah jugak semangat dibuatnya.. time pergi pasar sempat lagi capai labu tapi dah 2 hari barulah terlaksana hajat nak melabu ni..
Ramai sunggu dah mencuba kat rumah Yatie ada, rumah Nor, rumah Hana, rumah Izah dan ramai lagilah tapi resepi asalnya dari rumah Pn Ummi kita, (Thaniah.. Ummi sebab dah galmour dah kot.., dimana resepi2 ummi dah tersiar dlm majalah Jelita Mac 2011)

Orang melabu kita melabu tapi tak tahulah ok ke tak apam labu kita ni ya..?
Janji ada warna kuning tu bermakna dah jadilah tu kot..? heee...
Kali ini apam labu kat dapor seroja berposing sakan tau sebab bagai2 bentuk & rupa ada, tak percaya jom tengok...

*
*
*
*

Nak makan apam labu yg comei2 dan kecik2.., sekali ngap aje hilang..
ambiklah yg kat bawah ni ha..

Tapi.. sesiapa nak yg besar sikit jer.. dari kat atas tadi,
spt kat bawah ni.. apam labu versi putri ayu, jemput makan..! sedapppppppnya..!!

Dan... kalau nak yg besar lagi sikit ambiklah yg kat bawah ni.. puas sikit makan tapi rasa2nya mahu 2 bji juga tu.. baru terasa kot..!

Atau...
yg besar dan besar lagi dari yg kat atas tu.., macam kat bawah ni..
*
*
*

Atau... nak lagi besar..? Bolehhhhh...
pilihlah yg kat bawah ni, kalau tak puas rasanya tak tahulah kan..! yg besar gedabak lagi..

Oklah dah habis dah pun...dah tak ada saiz lagi yg nak di tayang.. segala jenis rupa & bentuk acuan dah keluar..!

Jom kita tinjau2 resepinya pulak ya, sesiapa yg belum mencuba akak cadangkan cubalah cepat, tak rugi, memang sedap apam labu ni, lemak2 manis gitu..
Tapi apam labu akak ni togel jer.. tak berkelapa sebab terlupa pulak nak cari kelapa parut, apa pun tak berkelapa pun tak apa.. still sedap juga..!

**************************

APAM LABU
sumber : K.Am@serojakitchen

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat ~ k.nor guna susu cair
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder

Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


7 comments:

  1. Assalam kak am,
    wah macam2 pattern apam labu akak ni ya..ini mesti beli labu 1 biji ya..hehe..banyak dapat tu..
    wah labu kita sikit dah di buat lauk..huhu

    ReplyDelete
  2. >>ayu: w'salam ayu, tak delah ayu.. itu semua hanya utk satu adunan tu ajelah.. akak beli labu suku aje nasib baik ada lebih sikit jer..itu pun x tahu nk buat apa lagi.

    ReplyDelete
  3. kak Am samalah kita ... ita pun buat apam labu jugak belum N3 lagi... nanti petang ita masukkan... line lambat lah kak Am...

    ReplyDelete
  4. salam kak am...

    di mana2 ada apam labu ni... alhamdulillah menjadi... tak sia2 resepi yg dikongsikan dulu & diadaptasi oleh kak ummi & izah ni..

    ReplyDelete
  5. hahaha..kak am neh lawak tul la...
    mcm mcm saiz ada ek..

    ReplyDelete
  6. mmg sakan posing itu apam aaa.... mcm2 pesen, mcm2 saiz! hahah.. bak 2 ketul :)

    ReplyDelete
  7. ish..ish..ish..nampak sedap sungguh, nak cuba gak lah...

    ReplyDelete