12 February 2011

PENGALAMAN & SUKA-DUKA MENGAPAM JUGA ORDER2 YG LEPAS

Pengalaman suka-duka selama hampir 2 tahun jugak membuat blossom dot2 ni, macam2 hal yg dah dialami. Ada yg menarik dan tak kurang jugak yg mengecewakan..
Kalau apa yg dibuat menjadi memanglah suka dan kalau ada masa apa yg dibuat kurang menjadi, mulalah kita rasa kecewa sangat kan..? semua itu asam-garam dalam dunia mengapam ni terutama apam beras & apam/blossom dot2 ini. Ada aje kerenahnya...

Walau pun dah agak lama juga menceburi dalam bidang ini tidak semestinya semua yg dibuat sentiasa ok aje.. malah kerap jugak apa yg dibuat mengecewakan..
Spt cerita semalam dan hari2 sebelumnya sampai 3 kali buat adunan blossom tapi ketiga-tiga hancur...! maksudnya tak menjadi spt yg diharapkan blossomnya mengecut & leper sangat, memanglah tak cantik langsung. Walau pun adunannya sama spt biasa2 & rasanya tak ada apa yg silap. Dgn itu memanglah tak puas hati.. apa lagi nak diberikan kpd customer.


Minggu ini memang frust sangat sb apa yg dibuat berkali-kali sungguh menghampakan..
Sampaikan rasa dah give-up jugak time tu, nak2 bila nak buka tutup kukusan terasa bimbang takut hasilnya mengecewakan lagi.
Tapi setelah puas mencuba & cuba lagi tanpa putus-asa dan utk tempahan seterusnya dari customer dikuatkan jugalah..
Alhamdulillah...!
nasib baik kali ini tak mengecewakan.. harap utk seterusnya begitulah hendaknya...


Yg kat atas ni.., 2 kotak tempahan dari cikgu amalina utk jamuan pagi sabtu ini.
Cikgu nakkan warna hijau-pink...
T/kasih cikgu...

100 biji blossom dot2 tempahan dari Intan, beliau nakkan warna ada biru2 katanya...
Jadi buatkan ajelah warna2 begini... harap beliau berpuas-hati hendaknya..

Tempahan semalam juga putri ayu dari Wan,
lama dah tak buat putri ayu...


3 comments:

  1. tak pe kak Am yg tak jadi tu pos kat ita.... hihihi
    rasa2 kak Am perlukan masa untuk releks jap rehatkan minda senangkan hati... jgn fikir apa2 pasti kuih tu menjadi... ita pun selalu buat kuih tak jadi... tapi tau lah hati mesti tgh bercelaru masa buat kuih tu....

    ReplyDelete
  2. Salam kak am, samalah ngan kita kak. adunan dah betul tapi bau dia lain macam. Nak kata bau telur pun lain. Nak x nak terpaksa buat adunan lain. Banyak2 kuih yang kita niaga. Nak buat apam ni yang leceh dan selalu rugi. Sebab asyik x menjadi. Tapi tadi ok plak. Kalau nak kukus kita x guna kain utk balut penutup kukus. Tapi setiap kali nak kukus yang baru kita lap jer tutup pengukus supaya air wap x menitis kat atas apam.

    ReplyDelete
  3. kak am, teringat malam tadi 2 kali adun tak jadi sama mcm kak am ckp apamnya jadi mengecut... silap kat mana ye... sebelum ni buat ok... frustnya... mcm dah x semangat...

    ReplyDelete