27 February 2011

NASI AYAM FLORA...

Oleh kerana hujung minggu ini free sikit maka dapatlah masak special sikit utk family, tapi special ke tu..???
Bagi akak speciallah sangat sebab walau pun nasi ayam ni taklah serumit mana membuatnya namun tuan rumah ni jarang benar membuatnya.., setahun sekali pun payah kot..! heee..
Bila sesekali buat memang berselera dan tak culup2 dibuatnya... Jom kita makan nasi ayam...

Bukan main berselera dan bertambah-tambah lagi mr hb makan.., maklum org rumahnya rajin sangat itu yang payah nak jumpa nasi ayam kat rumah ni..
Seronok nengok mr hb makan, rasanya kalau kat kedai mahu 3 set kot..? haa...dashatnya suamiku makan..!
kalau kat kedai, 1 set nasi ayam lebih kurang RM4.50, bila dah 3 set atau 3 pinggan jadi kali kan ajelah ya..! ampunnnnnnnnn...
(Itu untungnya kalau masak sendiri kan..?)


Resepinya ikut kepala sendiri main campak2 dan tumis2 bagai.. main lebur semacam aje..
Tapi tak apalah ya..akak cuba letak juga resepinya mengikut apa yg akak buat ni..

******************************************

NASI AYAM FLORA
Resepi: Kak am (serojakitchen.blogspot.com)


Bahan-bahan (yg ni lebih kurang sama dgn nasi ayam kat rumah Hana-Jepun)
jadi tumpang mengopy sikit2 ya Hana..

  • 4 cawan beras basmathi - rendam 20min dan toskan
  • 6 cawan air - sukatan air bergantung jenis beras basmathi
  • 2 buku kiub pati ayam knor
  • Rempah tumis - Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 sudu besar butter/minyak
Caranya
Panaskan butter dlm rice cooker, masukkan rempah tumis, daun pandan - kacau sebentar dan masukan 6 cawan air bersama 2 buku kiub pati ayam dan masukan beras tersebut. Biarkan nasi masak spt biasa


Untuk Sup
1 bji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
*semua bahan di atas diblender

Rempah tumis - Kayu manis, bunga lawang, pelaga
Daun bawang & daun sadri

Caranya
Tumiskan rempah tumis dgn sedikit minyak dan masukkan bahan yg diblender dan tumis hingga naik bau
masukkan air secukupnya dan masukan ayam, garam & perasa biarkan mendidih

Bahan2 utk ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • minyak secukupnya utk menggoreng
  • secubit garam
Utk ayamnya
Ambil ayam dari rebusan sup tadi dan toskan sebentar, kemudian tuangkan sedikit kicap lemak manis & sos tiram dan digaul rata
kemudian panaska minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing sedikit dan diangkat

UTK SOS
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

Bahan2 Lain
1-2 tangkai salad
1 biji timun - dipotong nipis
1-2 biji tomato
.


3 comments:

  1. kak Am : malasnya nak masak mlm ni, tumpang makan kat sini yer...ayam kasi lebih sikit, sup pun nak lebih, nak hirup...hihi

    ReplyDelete
  2. >>Anna: semua main lebih jer...? heee.. x per boleh..

    ReplyDelete
  3. as salam akak, nampak senang jer...nak cuba jugak mesti sedap guna beras basmathi...

    ReplyDelete