26 January 2011

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS

Dah selau2 asyik tengok Apam Dot2, & Cistat aje jadi hari ini kita tayang muffin pulak ya...!
Sebenarnya buat muffin ni dah beberapa hari lepas asyik busy dgn tempahan jadi tak berkesempatan nak menayang.
Tapi kali ini mencuba resepi muffin dari geng facebook (KR) iaitu Pn Badariah yg mana beliau juga merupakan suri-rumah yg aktif menerima pelbagai tempahan kueh-mueh. Sesiapa yg dok area Kuantan yg nak membuat tempahan, bolehlah jenguk2 blog beliau ya..!
Tapi muffin kita taklah cntik macam Diah punya sebab kita terlupa kalerkan kuning, itu yg mcm pucat-lesi jer warnanya. Itulah.., kalau dah x sabar2 nak masuk oven sampaikan terlupa-lupa. Apa pun muffin ni tetap sedap sekejap aje licin, berebut-rebut anak2
terutama simontel sorang tu..!
T/kasih buat Bdariah(Diah) geng FB-KR yg sudi berkongsi resepi.
**********************************************

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

3 comments:

  1. salam kak am,
    kita masuk list muffin ni!!!..
    nak try nanti...thanks for sharing kak

    ReplyDelete
  2. salam kak Am..
    alhmdllh...Cantik kak Muffin Marble CC...cayalah..
    Resepi tu saya ubah,kalau resepi asal saya buat x menjadi..hihi

    ReplyDelete
  3. salam kak am
    nape terselit kuar paste pandan tu?

    berapa biji kak am dapat untuk satu adunan ni?
    nanti nak cubalah

    ReplyDelete