12 January 2011

KEK PISANG - KakLong69

Assalamualaikum... buat rakan2, kakak2 dan adik2 semua..,
Balik2 pisang...pisang.. pisanggggggggggg...!!!
Kenapalah tuan rumah ni suke menu berasaskan pisang ekk..? Semalam pisang, hari ni pisang lagi.. tapi cuma lain sikit jer.., hari ini buat kek pisang pulak. Tapi apa pun hujung2 tu tetap pisang jugak, agaknya tn rumah ni x boleh jauh dgn pisang agaknya atau pun mmg tuan rumah ni ada kebun pisang..?? ha..ha..
Bestnya kalau ada kebun pisang kan..? Lagilah bnyk menu2 pisang keluar..
Tapi betul-lah tu.. tn rumah ni mmg ada kebun pisang pun tapi kebun dia kat kedai2 runcit & mini2 market jer.. (merepek pulak ek..)
Apa pun sebenarnya dah memang pun, tn rumah ni suke kat menu berasaskan pisang, kebetulan pulak kadang tu ada yg bermurah hati memberikan pisang free jadi apa lagi.. berderetlah menu pisang keluar..!
Tapi kali ini akak buat kek pisang menggunakan resepi dari blog 'kaklong69', seorang surirumah yg aktif menjalankan bisnes berbagai kueh-mueh di Pasir Gudang, Johor.

Saje2 mencuba resepi yg lain pulak w/pun akak memang dah lama suke & berkenan dgn resepi kek pisang sempoi dari sofinar-myresepi.com tapi sesekali kita cuba yg lain pulak.
T/kasih kpd yg empunya resepi, minta izin letak kat sini pulak ya..

Namun spt biasa2 semua dah tahu kan.., memang tetap ada penambahannya.
Akak kasi tambah coklat emulco & capucino dan ditabur dgn coklat chips. Memang meletopsss.. sedap & wangi dgn aroma capucino bercampur coklat.

Tinggalkan sikit aje utk makan anak2 kat rumah dan selebihnya hantar ke rumah mak & makcik2 merasa, ramai kata sedap sb ada rasa capucino+coklat tu..!
Sampaikan balik2 mr hb nak menjamah dah licin.., dimakan bebudak kat rumah ni, x nmpk bayang langsung, kesian mr hb tak merasa, anak2 pulak kalau dh sedap kat tekak dia orang mulalah terlupa org lain, hisssssssss... geram juga sampaikan bapak dia org pun tak menjamah, nasib baik bapak dia org tak lari ke batu-belah batu bertangkup..! heeeeee...

Jom kita intai resepinya ok...
**************************************************

KEK PISANG

  • Resepi Asal : Buku Masakan Bake with Yen
  • (Copy dari : kaklong69)
BAHAN2
200 gm pisang emas dilenyek dulu
150 gm gula kastor
4 biji telur gred b (klu c guna 5 biji)
10 gm ovallate
230 gm tepung gandum
3 gm baking soda
2 gm baking powder
125 ml susu segar - (akak guna susu cair jer..)
100 ml minyak
secubit garam
1 sudu esen vanilla

CARANYA
satukan semua bahan kecuali pisang,minyak dan esen vanilla.
pukul hingga kembang dan gebu.
kemudian masukkan pisang lenyek dan esen vanilla.
matikan mixer dan tuangkan minyak serta gaulkan secara manual dengan gunakan spatula.
kaup balikkan adunan hingga rata.
bakar dalam oven selama 35 minit dengan suhu 180-200 ' c.
*kak long gunakan loyang 9x9.senangkan....

3 comments:

  1. sedapnya..tgk kek....lembut n gebu!

    ReplyDelete
  2. akak, saya nak try buat ni..baking powder&bking soda tu agak2 nyer brapa camca teh erk???

    ReplyDelete