11 January 2011

APAM PISANG CHOCLATE RICE

Setelah bertalam bagai.., maka kali ini balik mengapam pulak. Utk menghabiskan sisa stok pisang yg beberapa biji maka terhasillah "APAM PISANG COKLAT RICE".

Asal resepinya adalah apam pisang tapi saje2 mengatai tangan menambah-nambah kasi tabur coklat rice pulak. Apa pun apam pisang coklat riceku ini telah licin-licat dimakan anak2 sebab ada coklat rice kot..! Disamping itu dpt juga dipanjang-panjangkan juadah yg tak seberapa ini kpd mak & adik-beradik terdekat, kira dptlah juga mereka merasanya.
Alhamdulillah.. habis.. habis semuanya..! sampai tak cukup2 anak2 sedara makan, suke pulak dia orang.

Buat taklah bnyk mana testing utk satu adunan saje, resepinya hasil selongkar dari air-tangan 'ALONG ROZ' yg cun tu..! Akak ambik resepi alongroz ni kat myresepi.com
T/kasih along.., sorry sebab kita mandai2 menokok-tambah..!

Inilah dia model Apam seluruh Johor Bahru, heee..

Bujang sorang yg memang menyukai apa saje hasil air-tangan mama dia, w/pun hasil tangan mama dia tu... ada yg x menjadi namun tetap dibalunnya juga..! Itu yg untungnya..
Tengoklah badan....! kembang bak apam jugak..! heeeee..

***************************

APAM PISANG
(Resepi : Alongroz - myresepi.com)
BAHAN2
4 biji telur
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum (*)
6 biji pisang (Dilenyek)
1sk bic. soda
1sk baking powder* (* Diayak sekali)
secubit garam

CARA-CARA
Pukul telur & gula sehingga kembang & pekat.
Masukkan campuran tepung & gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang & garam & gaul sebati
Lapik bekas tin dgn daun pisang & minyakkan.
Tuangkan adunan ke dalam tin & kukus hingga 45 minit.


4 comments:

  1. Terasa lapar pulak kak!!! Mintak 5 bijik...;)

    ReplyDelete
  2. >>heeeeeee.. love, cukup ke 5 biji..???

    ReplyDelete
  3. Salam Am... woooo cun lah... comel2 belako!

    ReplyDelete