29 December 2010

ORDER SETERUSNYA..!

Salam buat semua..!
Rasanya 3..4 hari juga blog ni tak berusik dan tak di update. Minggu ini sibuk menguruskan keperluan sekolah anak2 yg ada saki-bakinya yg mana masih tak disettlekan disamping itu sibuk juga menghantar anak ke kem2 tertentu. Hari itu bujang si Iman manakala sabtu lepas menghantar si kakak (Amalina) pulak ke kem Easy Match (Add Matc) tapi 4 hari aje.., alhamdulillah... dah selesai pun. Minggu lepas juga busy dengan majlis perkahwinan sedara-mara yg wajib dihadiri.

Selain itu sibuk juga dgn order2 yg diterima, yg mana staff kat sekolah mr hb bertugas sibuk mengadakan meeting guru2 al-maklum sekolah pun dah nak dibuka tak lama lagi.
Jadi pihak sekolah meminta akak masakan nasi lemak. Mulanya mcm tak confident aje nak terima tapi disebabkan mereka perlukan juga sebab cuti2 sekolah ni, kantin pun tutup jadi terpaksalah buatkan juga tapi tak tahulah bimbang juga...
Order utk hari Isnin lepas (27/12/2010) sebnyk 85 pack nasi lemak telur. (lupa nak snap)
Jenuh juga nk menyiapkan sebanyak itu, maklumlah orang tak biasa sangatlah katakan..
Utk hari ini pula (29/12/2010) 30 pack nasi lemak ayam goreng berempah spt dibawah dan 60 biji apam beras. (pun x sempat nak snap)

Sebahagian daripada tempahan nasi lemak utk pagi ini
Utk hari ini juga tempahan dari Pn Rahmah 100 blueberry cistat.
Apa pun t/kasih bnyk kpd pihak sekolah terutama kpd cikgu2nya iaitu Pn Azizah & Pn Rahmah diatas tempahan2 tersebut.




1 comment:

  1. cantiknya bunga kat sheese tart tu kak...
    macam mana caranyer yer..
    boleh ajar sikit...??

    ReplyDelete