28 October 2010

PANDAN CHIFFON CAKE

Halus, lembut, mulus & sebagainya nak menggambarkan betapa soft sgt kek ni..
Buat mlm sambil anak2 & bapak anak nengok tv, tup2.. kejap aje habis seloyang
cuma agak x puashati sbb bhgn atas kek ni agak merekah sikit,
x tahulah kenape & apa silapnya,
kira x baper cntiklah jwbnya.. tapi dari segi rasa & kelembutannya mmg ok...
Tapi org lain buat ok jer.. mungkin adalah silap sendiri tu kot..

Selebihnya saje2 bakar pulak dlm cup cam ni.., tu yg bebudak suke & berebut-rebut lagi, w/pun bebudak kat umah ni dah tua renta..! he..he.. (dh besar2 pun cam bebudak kecik ..)

t/kasih kpd penyumbang resepi..

***************************************

PANDAN CHIFFON CAKE
(sumber: sweet4ever@myresepi.com)

BAHAN
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor A
1 sb ovalette
80ml air daun pandan
80ml minyak / mentega cair
1sk pes pandan
1st serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
1.satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3.tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati
4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
5.bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...sehingga sejuk...bagi mengelakkan kek kita kempis...Jap lagi sertakan ok..

2 comments:

  1. samekom..sdapnya kektu dah lama nak buat tapi takut xjadi.saya ada terbeli tepung chiffon cap kijang.cari resepi semua guna tpg gdm dgn tpg super fine.cam mana nak wat ye kak?

    ReplyDelete
  2. >>isnita: cubalah buat, x susah mana pun, insyallah menjadi.. cuba ikut resepi tu..

    ReplyDelete