13 August 2010

MENU IFTAR SEMALAM - (SPECIAL FOR ANIVERSARY)

Menu utk berbuka semalam, konon2 nya sempena ANIVERSARRY SEMALAM (120810)

Selepas balik kerja pang-pung2, bersilat, bertakewando & bagai2 lagi ALHAMDULILLAH.. SIAPLAH JUGA akhirnya.... masak nasi jagung, ayam percik & percuk nenas berserta puding triffle & sirap bandung soda. Ingat nk masak satu lagi lauk udang ke.. tapi dah x larat dah..cukuplah tu..!

Fuhhh.. berpeluh-peluh.. bagai lipas kodong wat kerja kat ceruk dapor sorang2.. nasib baik siap juga ngam2 pukul 7.00 settle semua. Sempat juga tarik nafas..
Nasi jagung yg last minit mengejar masa..!

Ayam percik yg bersilat kat dapur.. akhirnya siap juga..

Sebagai pencucui mulut, puding triffle, aha.. triffle ni buat time lunch, balik umah kejap, sempat pulak tu mengodeh triffle ni.. jadi dpt juga buat berbuka sekali.

Yg ni pulak sirap bandung soda.., mintak tolong anak dara amalina prepare kan.., itu pun atas arahan & tunjuk-ajar mama dia, apalah anak dara ni buat air pun x tahu..!

Kira settle-lah juga menu yg kononnya sepcial utk semalam tapi x special mana pun kot..? Walau pun berjurai-jurai peluh, kelang-kelibut nak masak semua tu dan terasa penat juga.. namun bila tengok anak2 & mr hb makan begitu berselera.., terasa hilang segala kepenatan tu..! Alhamdulillah...

Yg anak2 pulak mmg suke sesangat, dia org siap ckp.."kalau cam ni hari2 aniversary mama kan bagus.. boleh makan macam2..!" Hari2.. masak bagai2 cam ni, alamat..pengsan ler.. mama anak hoi..!!!

************************************************************

RESEPI AYAM PERCIK

  • Bahan diblender
  • 10 tangkai lada kering
  • 2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 1" halia
  • 1/2" kunyit
  • 2 biji buah keras
  • 2 btg serai

  • 1 cwn santan
  • sedikit gula kabong
  • garam secukup rasa
  • 1/2 ekor ayam (digoreng separuh masak)

CARANYA

Tumis bahan yg diblender hingga garing, kemudian masukkan gula kabong, garam, santan dan ayam. Biarkan hingga mendidih dan agak pekat sikit.

No comments:

Post a Comment