24 December 2009

BURGER M'SIA & DONAT GEBU

Semalam mmg dah plan utk brkfast hari ini, nak buat donat utk anak2 kat rumah. Sekali trpandang pulak donat gebu yg jun buat semalam, apalagi cubalah juga donat yg jun kata gebusgt ni!. Alhamdulillah! memang gebu, lembut sesangat..! hingga susah nak diungkapkan dgn kata2.., cewah! (x dpt byangkan betapa lembutnya donat ini!). Utk kengakwan semua nak promote ni, inilah donat yg paling best.., lembut & gebu sangat diantara donat2 yg pernah dibuat sebelum ini. Tak percaya boleh cuba ok..!

Teksturnya yg gebu dan sedap je.. masuk dlm mulut.., NGAP...!!!

Selebihnya buat pulak Burger M'sia, juga tidak mnghampakan bila ditempel dgn sambal tumis wow! lagi sedap nyer..! (bukan nak puji diri sendiri tau tapi betul ni..!)
Mari2.. semua kita bersila ngadap donat gebu ni.., JOM..!!

Thanks buat jun kerana sudi brkongsi resepi , jadi cam biasa kita tempelkan sini pulak ok! (Resepi ni juga jun copy dari Lela TQ.. buat keduanya..!)
DONAT LEMBUT & GEBU
BAHAN
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)
Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing6.Panaskan minyak dan goreng.

2 comments:

  1. Salam Kak Am..

    Wah donutnya..

    Betoi-betoi gebussss tuuuu

    ReplyDelete
  2. am...ujan2 ni mmg sedap dpt makan donut ngan kopi-o...

    ReplyDelete