07 December 2009

AGAR-AGAR LAPIS

Tangan ni entah cam ne.., asyik gatal nak memuding dan mngodeh desert2 spt. agar2. Pulak tu, ternampak kat rumah suzi agar2 lapis ni, kebetulan semua bahan2 pun dah ada, apalagi.. semalam menjadilah juga agar2 lapis ni!

Tapi kita letak yg pink colour tu strawberry emulco, hijau tu.., pandan emulco dan coklat tu biasalah peminat setia coklat emulco. Pagi tadi baru potong dan rasa agar2 ni, rupa2nya sedap jugalah...! dgn 3 rasa yg pelbagai tu! Terasa strawberry tu kat anak tekak, tambah pulak dgn coklat dan pandan.., aduh! memang sedap sesangat..! dan tak rugi mencuba!

T/kasih buat suzi, akak letak kat sini pulak ya resepi ni!

AGAR-AGAR LAPIS
BAHAN

25g agar2 stripe
1 cwn gula
4 cwn air
4 biji telur (akak ltk 3 biji je..)
1 tin susu cair
100g mentega (kita ltk 50gm je!)
3 sb tepung kastard (dibancuh dgn sdikit air)

CARANYA
Masak agar2 dgn air sehingga larut, kemudian masukan gula biar larut dan dikacau.
Mentega dikacau hingga kembang, dan masukkan telur dikacau lagi.
Tuangkan susu cair ke dlm bancuhan tepung kastard tadi, dikacau rata.
Masukan semua bahan diatas ke dalam agar2 tadi dan sambil dikacau rata.
Bila agak mendidih sikit, tutup api dan diangkat.
Asingkan 3 mangkuk yg berlainan dan bubuh 3 warna berbeza yg disukai
Setiap lapisan biar tunggu sekejap mengeras barulah dituangkan lapisan yg berikutnya.
Tuangkan dlm acuan yg digemari selapis demi selapis hingga habis. Disimpan dlm peti sejuk.

5 comments:

  1. mak aiiii kiutnyerrr! mesti rasa dier pong sodap tuuu!

    ReplyDelete
  2. cantiknya kak am!!! hantar rinting sikit!!hihi

    ReplyDelete
  3. salam kak am...yelah cantik sesangat...rajin betullah kak am buat puding..kat umah ni banyak betul agar2, tapi tak terbuat2 pun...hehehe

    ReplyDelete
  4. mengancam sehhh!!!
    dari rinting dah buley nampak k amm!!! ;p

    ReplyDelete
  5. >>hana: sedap juga hana!
    >>ain: org rinting senyap jer! masih angin honeymoon lagi ker?
    >>ima: x ler rajin sgt pun ima, cuma suka mmg agar2 atau puding2!
    >>nekpp: ya ker tu??? pandai2 jelah yatie ni!ada power per jauh dah nmpk ni?

    ReplyDelete