06 November 2009

RENDANG AYAM KAMPUNG

Salam pagi Jumaat nan indah dan penuh rahmat!
Pepagi lagi kita tayang Rendang Ayam Kampung, utk menu lunch hari ini. Rendang nak cepat, kelang-kabut nak pergi koje.. itu pun dah terlewat nak masuk office. Nak kejar masa, itu yg rendang ni pun cincai je..! Nasiblah rendang ooi...! main campak2 je ni..
Resepinya pulak sama je.. spt rendang2 yg lain, ada cili kering+ bwg+bwg putih+halia+langkuas+serai + ketumbar+jintan - semuanya diblender + sdikit rempah kari daging dan tumis hingga garing. Kemudian letak santan, kerisik, sikit gula+ sikit kicap lemak manis + garam, perasa (jika suka)+ daun limau + daun kunyit - kasi lebur hingga mendidih dan sehingga kuahnya kering/pekat sikit. Siap.. Boleh diangkat..! Ha.. itulah dia.., resepi Rendang Campak2..!

2 comments:

  1. sedap kak ammmm!!!! tak caya, akak tanyalah anak2 n hubby akak!hehe

    ReplyDelete
  2. Oooh, this is my faveret!!! Kak Am, Love nak tapau sikit! ;)

    ReplyDelete