05 October 2009

MEE REBUS

Majlis Marhaban kat rumah hari itu, menu utamanya ialah Mee Rebus disamping ada beberapa jenis kueh-mueh lain spt Muffin Pisang Coklat, Pandan Marble Kek & Puding Susu Laici. Jumaat lepas keje pulak tu, balik rumah dlm pukul 6.00 ptg, nengok2 kat dapur dah ada si bujang montel tu sesorang kat dapur dgn pakaian lengkap sekolah agama siap bersamping dan bersongkoknya sedang mmbersihkan ekor taugeh dgn tekunnya. Rasanya dia balik dalam pukul 5 ptg terus abah dia suruh tolong buang ekor taugeh nanti mama balik nak masak mee rebus. Kira ada masa2 tu, boleh-lah juga diharapkan terutama time2 emergency cam ni, time kelang-kabut nak kejar masa. Tapi yg kelakarnya tu, dgn baju sekolah agama & siap brsongkok serta brsamping tu, tak dibukanya sedang mncabut ekor taugeh tu! dah hampir habis dah.. Lantak-lah nak hooi.. janji keje mama settle!! Pas tu, mengeluh penatlah.. nak mintak upah!

Dah siap sengseng lengan ni nak masak lat dapur tetiba je, nengok, daging & keledek dah siap berebus, tahu pun dah siap digoreng. Semua2 tu, mr hb dah tolong buat kan dulu, sebab dia tahu takut tak sempat nanti. Alhamdulillah! kira mudahlah sikit koje kan..
Tapi time majlis marhaban tu, terlupa pulak nak ambik gambar, dah sibuk2 sangat semua jadi tak ingat..!

2 comments:

  1. bila ler ye sy pulak nk dpt mkn mee rebus kak am ni..?? hehe

    ReplyDelete
  2. >>ain: nanti lepas2 pmr bolehlah dtg ok!

    ReplyDelete