02 October 2009

KEK PANDAN MARBEL

Nak kejar masa ni, cewah! tapi tak habis2 lagi tu nak brceloteh..! Ha.. ni pun godeh kat dapur malam tadi sampai kul 2.00 pagi tau! Buat kek pandan marbel ni juga utk juadah marhaban malam nanti. Fikir punya fikir apalah kek yg mudah & senang yg nak dibuat.. puas gak menung.. last2 boleh terbuat kek pandan marbel ni pulak. Tapi.. memang bestlah! pertama sedap, kedua lembut selembutnya ketiga gebu dan halus sesangat teksturnya keempat mestilah laju aje masuk ke mulut. Bagi yg pernah mencuba pasti tahu kan? Tak tipu tau..lembut & sedap sangat tak caya nanti boleh cuba sendiri ok!

Disebabkan kelembutan tekstur kek ni sampai nak potong pun susah bukan susah apa.. tapi mudah sangat brderai bodynya, naik seram pulak takut hancur! Buat lebih juga, dua adunan dapatlah satu tray spt kat bawah tu.. muai juga kan? Maklum yg dtg marhaban nanti ramai juga tu, jiran tetangga, org2 masjid dan mungkin juga member2 office mr hb tapi geng2 officemate kita tak de.. sebab officemate kita ramai chinese. Tak leh-lah dtg marhaban kan..! kang jadi meraban pulak..
Sorry ya, tak ingat ambik resepi ni dari mana, sesiapa yg empunya resepi TQ ya, tumpang copy kat sini pulak ok.
KEK PANDAN MARBLE
Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 100gm gula pasir
  • 1 camb ovalette
  • 25ml pati santan atau susu segar
  • 50gm minyak jagung
  • 100gm tepung gandum
  • 1/2 camt garam
  • 1/2 camt baking powder
  • 1 camt pandan paste
  • 1 camt pandan emulco
  • 1 camt cokelat emulco
cara:
griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
bahagikan adunan kepada dua bahagian
satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan

2 comments:

  1. nak gi marhaban umah akak mlm ni..bolehhh..??hihi

    ReplyDelete
  2. >>ain: boleh..boleh..!jomlah..

    ReplyDelete