06 October 2009

DAGING KICAP

Sejak dua menjak ni, macam malas sikitlah nak memasak, tak tahulah kenapa? Tapi mungkin juga sebab time2 ni setiap rumah sibuk buat marhaban jadi mr hb dan anak2 setiap mlm gi mrhaban jadi secara automatiknya cam malas benar nak masak. Dia org semua dah kenyang makan kat majlis mrhaban tu.. so rilekslah sikit kan! kalau tak hari2 klentung-klentang2 tak henti2 kat dapor tu..
Menu yg simple dan biasa2 je.. masak pagi ni utk anak2 dan bapak anak balik lunch nanti!
Ini resepi orang malas.. (nak cepat tapi senang, mudah & sedap juga!)

DAGING KICAP
Bahan2:

½ kg daging (direbus dulu - dihiris nipis2)
*4-5 biji cili padi
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*½" - 1" halia (lebih kurang)
¼ - ½ cwn kicap (kurang blh tambah)
2-3 sb cili sos
1 biji tomato (dibelah 4)
1-2 biji kentang (potong bulat atau ikut suka)
1 biji bawang besar (dipotong gelang)
sedikit kayu manis & bunga lawang
sedikit minyak utk menumis

CARA
Semua bahan yg bertanda (*) diblender
Panaskan minyak dan tumis kayu manis & bunga lawang hinga naik bau
masukkan bahan yg telah diblender, tumis hingga wangi
masukkan kicap/cili sos dikacau rata
kemudian masukan kentang - dibiarkan agak empuk
(kalau agak pekat boleh dimasukan sedikit air)
masukkan tomato & bawang potong - dibiarkan agak pekat sikit
(rasa secukupnya, mana kurang blh ditambah)
kemudian bolehlah di tutupkan api dan SIAP..!

3 comments:

  1. Salam semua,

    Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami. Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

    Daftar sekarang: Blog Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  2. saya lg lah..sejak azali lg memang tak rajin nak bergiat cergas kat dapur.hehehe

    ReplyDelete
  3. >>ain: ya ke ain? tapi akak tengok macam2 gak menu ain.. yalah ada masa cam malas semacam je kan? tapi bila fikirkan anak & hb nak makan buat kan juga ain!

    ReplyDelete