27 October 2009

AYAM GORENG SERAI

Ayam goreng rempah ni sebenarnya dah lama buat lupa lak nak N3 kat sini. Sejak 2-menjak ni tak de masak yg special2 so dah lama x de N3 yg menarik, lagi pun baru balik kg.. itu yg lepak & penat sgt. Masak pun yg simple2 je..Sebenarnya dlm fridge tu ada benda2 yg sedia utk dibaking tapi belum ada masa lagi nak membuatnya.. spt pisang ada stock dah menunggu, ubi pun ada lagi.. entah bila le nak mula! Belum brkesempatan lagi nmpknya..
Cam ne pun, kita ratah ayam goreng ni dulu ok..!

(Rupanya resepi dari Love, sorry..love, akak just copy dari blog ummi je..! TQ buat keduanya!
AYAM GORENG REMPAH SERAI
Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar :-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
3 sb cili kering kisar
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang byk utk menggoreng

Cara-cara:-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Selamat mencuba!

8 comments:

  1. sedapnya kak ammmm!!! rasanya ayam tu masih panas lagi tuuu!!!

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Am, wow! Ayam Goreng Berempah Serai dah sampai ke cni gak yer?? Sedapnya nampak! Tks for trying yer kak! :)

    ReplyDelete
  3. >>ain: kejap je licin ain, kat umah ni ramai yg antu ayam goreng!

    >>Love: ooh...resepi love ya? sorry akak main copy je dari blog ummi, tq..!

    ReplyDelete
  4. kak kat cini ade ayam serai ler pulak kat umah hazila ade udang serai.hihihihii
    kak tunggu cik posmen ye

    ReplyDelete
  5. Kite pun baru semalam buat. sedapppp sungguh!heheh :)

    ReplyDelete
  6. K.Am, no probz kak. It's everyone's recipe now. Suka Love bila all frens try resipi simple Love tuh! Haaa Ijan pun buat again smlm kan! Terliur tgk! ;) Akak, tks to u tooooo! :)

    ReplyDelete
  7. ayam, budak-budak kat umah kak gerau, hari-hari pun boleh makan ayam.

    ReplyDelete
  8. am...anta seketul dua ke sini ye. nak yg kepak terjongket tu....! hehehe

    ReplyDelete