15 October 2009

ACAR IKAN

Menu acar ikan ni sebenarnya dah agak lama juga trsenarai dlm list. Tapi time nak buat lupa je nak beli ikan bawal, dah tu bila dah ada ikan bawal, lupa lak nak beli timun. Sekrang ni ikan bawal dah ada timun still tak de cam ne pun teruskan ajelah.. akhirnya buat juga tanpa timun ada carrot pun jadilah! Pas tu, bantai je campakkan corlyflower je.. buat mnambah serak kat ikan tu! Kot2 simpan2 kang terus tak brbuat jawabnya.. tapi acar ni x letak biji sawi sbb mr. hb kita x gemar benda2 tu.. jadi togel jelah.. kot2 x de rupa acar pun.
Resepi acar ikan ni tiru dari rumah noreen, okey gak rasanya.., buat tukar2 menu harian, lauk utk anak2 balik sekolah tengahari ni, lepaslah tu..! Thanks noreen, spt kebiasaannya akak tumpang copy jelah ya!

ACAR IKAN

Bahan-bahan:

  • 500gm ikan bawal - dalam 2 ekor
  • garam dan kunyit serbuk secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Bahan2 kisar:

  • 8-10 tangkai cili kering
  • 1/4 sudu makan ketumbar biji
  • 1/4 sudu makan jintan putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar

Bahan2 tumis:

  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/4 sudu teh biji sawi (x letak sebab hb x suka benda alah ni..)
  • 2 sudu makan cuka
  • 120gm air - tambah jika mau kuah lebih
  • 10gm kismis - optional (pun x letak)
  • 80gm karot - dihiris memanjang
  • 80gm timun - dibuang hatinya dan dihiris memanjang (x letak juga, trlupa nak beli)
  • 2 biji lada merah - di belah dua
  • 2 biji lada hijau - dibelah dua
  • 80g bawang kecil - di belah dua
  • Minyak untuk menumis
  • garam & gula secukupnya

cara:
lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
goreng sehingga masak dan keperangan
angkat dan ketepikan

panaskan minyak lagi
tumiskan bahan2 kisar, masukkan biji sawi dan halba
tumis sehingga garing dan wangi
tuangkan air, cuka, garam dan gula secukupnya
bila mendidih masukkan ikan, bawang kecil, lada merah & hijau, karot dan timun
kacau rata. Angkat & Hidangkan..!

2 comments:

  1. >> ain : x de rupa acar kot ain..? hantam jelah..

    ReplyDelete