01 September 2009

SOTO AYAM & APAM GULA MERAH

Ini menu brbuka puasa hari sabtu lepas (Posa ke 9) sorry x sempat aje nak brN3. Faham jelah kan masa amat mencemburui kerana ada tugas & tggungjawab yg perlu dilaksanakan trlebih dulu. Sebenarnya nasi impitnya dibuat sendiri tau, konon2nya lah baru nak belajar.. tapi alhamdulillah berhasil & menjadi juga akhirnya. Jadi lepas2 ni x payah beli lontong yg instant lagilah kan..cewah! kot2 asyik x mnyempat je..nanti main beli gak kot?

Apam beras ni pun dah pernah buat juga sebelum ini cuma yg kali ni guna gula merah.

Biasanya soto ayam, ayamnya dicarik2 tapi yg ni lain pulak ayam nya ditakek2 je biar kecik2 sikit. Ini juga kes nak cepat.. x de masa-lah nak carik2 cam tu, kang x sempat pulak nak brbuka! Masa utk prepare hidangan/juadah brbuka cuma dlm 1 jam je..!
Resepinya sama juga spt apam beras yg lepas2, cuma brown sugar ganti dgn gula merah aje, ada sesetengah tmp panggil gula timbang.
APAM BERAS GULA MERAH
Bahannya
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn gula merah
3/4 cwn gula
1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
blend nasi dan air sehingga hancur.setelah hancur, campur gula merah dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.Perap selama 3 jam.masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

NASI IMPIT(Kak Hanieliza)

Bahan

  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air
  • daun pandan
  • garam & daun pisang
    Cara
  • Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang
    dalam periuk biasa atau rice-cooker.
  • Masakkan saperti masak nasi biasa.
  • Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg
    dilapikkan daun pisang.
  • Tekan sampai padat dengan potato mash.
  • Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan
    yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
  • Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
  • Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah
    lodeh.

RESEPI SOTO (Diana)

Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

1 comment: